innity

pages

Sunday, June 10, 2018

Menteri Pertahanan Balik Kampung Naik ETS


KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Pertahanan, Haji Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu yang dikatakan mengunakan perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) petang tadi berjaya menarik perhatian netizen.
Salah seorang penguna Twitter, yang mendakwa terserempak dengan Mat Sabu di stesyen ETS memuji tindakan tersebut.
“Jangan kata YB @MSabu_Official asyik naik heli dan tank ja! YB balik kampung naik ets kotttt! Padu bossku! Anak muda kita,” ujar pemilik akaun @kamalQuiin day melalui status tersebut sambil memuatnaik gambarnya bersama Ahli Parlimen Kota Raja itu.
Sementara itu salah seorang kenalannya turut berkongsi pengalamannya bersama Mat Sabu yang sebelum ini disangka sebagai pemandu teksi.
“Kalau mak saya tak bagi tahu ini (adalah) YB Mat Sabu kita, sampai sekarang saya ingat pakcik ni pemandu teksi.
“(Mat Sabu) pinjam power bank saya kejap (sebab) nak menelefon orang (kerena) telefonnya kehabisa bateri. Jumpa hujung tahun lepas dekat lapangan terbang Penang, sangat merendah diri,” ujar @ayongiqaaa pula.
Seterusnya Kevin Yee turut memuji sikap Mat Sabu yang disifatkan sebagai tidak berpura-pura, berbanding bekas menteri-menteri dari Barisan Nasional (BN).
“Sangat sempoi, saya sangat meminati YB Mat Sabu (kerana) dia sangat bersahaja ketika bersama masyarakat sama ada di jalanan, kedai kopi dan sebagainya.
“Tidak pernah melihat (bekas menteri) Nazri (Aziz), (Salleh) Keruak, (Rahman) Dahlan mendekati masyarakat di dalam keretapi, stesyen bas. Selamat tinggal BN,” komen @kevinyee9903 pula. – SuaraTV

7 comments:

  1. Yang ni Melayu. Tulen.
    Yang ahli umno Melayu umno.
    Kedua-dua nya tak sama.

    We want more of Mat Sabu type YB.
    The nazri type we reject.
    The najib type..selisih malaikat 44 tak mau ada lagi sekali...
    Sekutu nya pun kita reject unconditionally.

    ReplyDelete
  2. kjaan yg lahir dari sentimen fitnah dan penuh kroni dan anak beranak tak kekal lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan yang menyonglap harta negara macam harta makbapak dia yang punya dah tumbang dah...

      Wakakaka

      Delete
  3. raya ni jer naik ETS tahun depan jangan harap naik ETS lagi..


    beli pop kon boleh masuk tengik wayangg..!!

    ReplyDelete
  4. Menteri umno dah perintah 60 tahun, lupa jadi rakyat biasa. Ni baru sebulan jadi, masih rakyat biasa. Hanya masa menentukan perubahan sikap. Moga para menteri tidak lupa diri dan anggap mereka raja yg dilantik.

    ReplyDelete
  5. Naik ets apa ada hal..asdimin lagi terror..korek longkang sumbat..kalau nk nmpak hebat..mat syabu pi isi belerang peluru meriam..ki ki ki..untung2 meletup..

    ReplyDelete
  6. Minta maaf nak cakap..menteri banyak tanggungjawab utk rakyat..kalau balik kampung naik ets buang banyak masa. macam mana nak cukupkan masa kerja untuk rakyat. Menteri kena bergerak pantas. Kalau ikutkan masa kempen hari tu.. Malaysia ni banyak masaalah. Banyak manifesto nak ditunaikan. Ayuh Menteri sila kejar masa utk selasaikan masaalah rakyat dan tunaikan janti manifesto anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com