innity

pages

Wednesday, June 6, 2018

'MALAYSIA BARU' KINI DITERAJUI OLEH PEMIMPIN LIBERAL & SEKULAR - ISMA


PRESIDEN ISMA BERKATA 'MALAYSIA BARU' KINI DITERAJUI OLEH PEMIMPIN LIBERAL & SEKULAR. 

"Malaysia Baru" bukan lagi negara yang berasaskan kepada Melayu dan Islam apabila apabila amalan liberal demokratik mula dipraktik dan diguna pakai dalam pemerintahan Malaysia, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Ab Rahman.

Bahkan, katanya, amalan liberal demokratik itu sudah mula diterapkan melalui pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan hari ini.

Menurut beliau, ini menjadi realiti apabila posisi strategik kini diambil alih oleh pemimpin berfahaman liberal dan sekular.

“Jadi apabila berlaku perkara ini, ia akan meminggirkan kedudukan Islam, idealisme Islam, falsafah politik Islam, konsep pembinaan atau sistem hidup pemerintahan tamadun yang berasaskan Tauhid, wahyu dan agama.

“Itulah yang saya maksudkan sebagai malapetaka yang boleh terjadi, sekiranya tiada keinsafan rakyat terutama orang Melayu dan Islam. Maka perkara ini benar-benar berlaku,” katanya dalam satu temubual khas bersama portal Ismaweb, hari ini.

Menurut Abdullah Zaik, walaupun ISMA menghormati keputusan rakyat yang memilih HARAPAN sebagai kerajaan yang baru, beliau percaya, kemenangan mereka bukanlah bermaksud rakyat menerima konsep liberal demokratik.

Katanya, rakyat dan juga pengundi tidak memahami ke arah mana mereka akan dibawa, termasuk maksud jelas liberal demokratik itu sendiri.

“Tetapi apa yang berlaku sebenarnya, undi majoriti itu beralih daripada BN kepada HARAPAN atas alasan sentimen benci dan marah kepada kerajaan yang ada.

“Oleh kerana mereka dilihat gagal untuk menangani krisis kepercayaan kepada kepimpinan mereka, lalu memberikan mereka hukuman. Itu sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata, amalan liberal demokratik kini terpaksa dihadapi majoriti orang Melayu untuk tempoh lima tahun akan datang memandangkan posisi strategik kini diambil alih oleh pemimpin berfahaman liberal dan sekular.

Abdullah Zaik walau bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkannya dengan pemimpin berfahaman liberal dan sekular mahupun menamakan sesiapa.

Sumber: Malaysiakini..

19 comments:

  1. Sepanjang 10 tahun Najib berkuasa, apakah usaha yg telah dibuat oleh ISMA untuk menegur 'keliberalan' Najib and the gang dalam mentadbir urus kewangan negara?

    Dalam 'kebobrokan' FLOM berbelanja?

    Bila isu 1mdb mula pecah tahun 2015, apakah usaha yang telah dibuat oleh ISMA untuk menegur pentadbiran Najib apabila Gani Patail difitnah sebagai 'tenat' hingga 'terpaksa' digantikan oleh Apandi? Penjawat tertinggi SPRM dipecat, diganti, penyiasat SPRM dipenjarakan?

    Kenapa ISMA tidak memainkan peranan secara aktif utk menegur PAS yang sentiasa menghina pemimpin Melayu/Islam dari parti yg tidak sehaluan dgn mereka?
    Bukankah mendamaikan puak-puak yg bercakaran itu adalah kerja dakwah?

    Kenapa hanya memerhati dan kemudian mengkritik?

    Tidakkah sikap ISMA ini juga boleh dikatagorikan sebagai Liberal Demokratik?

    sbb.... hanya duduk dalam kepompong jemaah sealiran adalah kerja mudah kan?

    Kalau lah Nabi Muhammad dan para Sahabat juga bersifat begini, tentu Islam tidak akan sampai ke seluruh dunia.

    ReplyDelete
  2. “Jadi apabila berlaku perkara ini, ia akan meminggirkan kedudukan Islam, idealisme Islam, falsafah politik Islam, konsep pembinaan atau sistem hidup pemerintahan tamadun yang berasaskan Tauhid, wahyu dan agama."

    Perkara asas dalam islam tak mampu nak perjuangkan,seperti hak kepentingan rakyat,ditindas, dizalimi,tetapi cukup bernafsu, menggunakan ayat2 besar dan ungkapan2 yg tak tercapai akal.

    ReplyDelete
  3. Sudah terang buat apa bersuluh. Salah satu contoh (contoh) bila berucap di khalyak ramai sekurang kurangnya berilah atau mulakan dgn Bismillah atau salam (bagi yg Islam). No tidak, lebih mengutamakan BInggeris (Orang Kg/Rakyat Biasa mana faham). Nak cari salah kerajaan dulu shj sedang "DIA" ni juga teraju kerajaan selama 22 th juga penuh dgn scandles yg di tutup dgn "NIRU" (bau busuk n hanyir) masih ada. Ada pulak Menteri bertaraf OKT (orang kena tuduh - akan " dibebaskan" oleh Peguam bela sendiri yg akan dilantik sebagai PNegara.

    ReplyDelete
  4. Sudah terang buat apa bersuluh. Salah satu contoh (contoh) bila berucap di khalyak ramai sekurang kurangnya berilah atau mulakan dgn Bismillah atau salam (bagi yg Islam). No tidak, lebih mengutamakan BInggeris (Orang Kg/Rakyat Biasa mana faham). Nak cari salah kerajaan dulu shj sedang "DIA" ni juga teraju kerajaan selama 22 th juga penuh dgn scandles yg di tutup dgn "NIRU" (bau busuk n hanyir) masih ada. Ada pulak Menteri bertaraf OKT (orang kena tuduh - akan " dibebaskan" oleh Peguam bela sendiri yg akan dilantik sebagai PNegara.

    ReplyDelete
  5. Memang mudah utk label. Ajak la lawan hujah. Kasi la fakta konkrit biar yg liberal tu tak dpt runtuh. Asyik kasi fakta liberal, lawan hujah berdepan kelu lidah.

    ReplyDelete
  6. Podahh!!! Semasa pemerintahan UMNO/BN dulu, apa ciri-ciri islam yang telah dilaksanakan? Duit untuk ternak lembu digunakan untuk beli kondo, pemimpin merompak wang rakyat semua pakat sokong, GST membebankan rakyat ada menteri yang kata harga barang akan turun...ptuih!!!

    ReplyDelete
  7. Tengoklah ke dalam sebelum bicara, singkirkan debu yang masih melekat....

    ReplyDelete
  8. Why melayu muslim suka beretorik?

    Cuba jangan sempitkan pemikiran

    Saya melayu dan muslim. Saya nelihat ISMA lebih pada gah secara luaran dari dalaman.

    Cuba ISMA workbout what wud happen to malaysia had najib and BN won again pru14! Our sivereignity wud just go to the dogs cos of high debts. We wont know tge existence of RED Files, rakyat's money to pay for 1MDB debts...etc etc. IS THAT REAL ISLAM?????

    I always believe if we remain in denial mode of reality, factuality and truthfullness we will continye to indulge in superficiality and hypocrisy.....

    Walkahuaklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah....Kah..Kah.. Mamat ni Akauntan ke atau sekadar baru pandai buat akaun. Ibarat seorang berhutang membeli kereta mengikut kemampuan dia apa nak dihebohkan bro. Itu dinamakan HUTANG sebenar dia. Mengapa pulak ambil kira bil bulanan dia sprt TNB/Tel/Hp/Astro/Surat khabar dianggap hutang juga? Ijazah Akautan Cap Ayam ke apa ni. Nampak sangat mainan & persepsi POLITIKUS MEMBAIKI LABU.

      Delete
  9. Cakap lebih...Habuk pun takda...give sembah najib ..buntat tu...isma

    ReplyDelete
  10. Betul sangat... Islam dan melayu sanggup dicagarkan demi kepuasan hati sendiri

    ReplyDelete
  11. Abdullah Zaik,

    Mahathir islam liberal ke?

    Najib islam tulin ke?

    Saya tak setuju malaysia berteraskan melayu tapi mesti berteraskan "malaysian". Islam is enshrined in the constitution...so no issue at all.

    Jangan suka jadi muslim superficial dan hipokrut

    ReplyDelete
  12. Menuduh tanpa bukti tu fitnah. Kjaan PH ditunjangi pemimpin liberal dan sekular? Siapakah yang dimaksudkan? Kenapa tidak dinamakan? Adakah melayu bsengal ni nak meniru Hj Hadi yang menuduh tanpa sebut nama? Inilah sifat2 melayu2 yang mandul dan lemah, berani menuduh tapi tak ada bukti sebaliknya hanya melabel dan berprasangka. Isma sudah menjadi tempat manusia2 durjana yang hanya bertujuan mengapi2kan permusuhan agama dan perseteruan kaum. mereka2 ini semua layak menjadi pemimpin2 UMNO dan tak layak duduk dalam organisasi yang mempunyai nama Islam.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  13. Khas untuk ISMA

    *Kita semua ada khilaf, ada silap, ada dosa masing-masing* serahkan pada DIA Yang Maha Menghakimi.

    Kadang-kadang masalah kita sebagai ummat Islam, *kita belum Islam pada cara hidup, kita belum Islam pada pemikiran, kita belum Islam pada percakapan, kita belum Islam pada akhlak dan tindakan*, tapi kita bermati-matian ingin ISLAMkan negara.

    Tidakkah ianya pincang? *Islam perlu bermula dari dalam diri*, dari dasar, bukan terus di puncak.

    Kita hanyalah buih-buih di pantai yang mudah pecah dilambung ombak (tiada kualiti). Kita belum benar-benar muslim pada roh, pada aktualisasi dan cara hidup, *kita hanya Islam pada I/c yang mewarisi ugama nenek moyang*.

    'Kita' itu termasuk sy, yang bercakap dan menulis tidak semestinya lebih baik dari yang membaca, menulis dalam masa yang sama menasihati diri *sendiri juga yang sentiasa alpa dan leka*.

    Attitude dan keperibadian kita dibangunkan oleh suasana dan persekitaran, inginkan akhlak yang baik, cari circle yang baik-baik, cari jemaah yang baik-baik, semua itu harus bermula dengan mencari Allah.

    *Pandangan kita terhadap manusia sekeliling adalah berdasarkan hati kita*. Jika hati kurang berpenyakit, kita melihat pendosa dengan pandangan kasihan berserta doa kepada mereka, (kerana hakikatnya kita juga seorang pendosa).

    *Jika hati kita berpenyakit, kita melihat pendosa dengan perasaan benci, sakit hati, jelik, sinis, disertai cacian dan sarcasm*, (tanpa menyedari kita juga sebenarnya seorang pendosa, hari-hari kita buat dosa sama ada dengan sengaja atau tidak)

    Sebarkan agar umat Islam tidak terus mengaibkan saudara islam sendiri.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  14. Adakah presiden isma ddan ahlinya majority unuk menentukan kerajaan sekarang diterajui oleh puak islam liberal?

    Adakah presiden isma dah ahlinya mewakili umat melayu dan islam di negara ini?

    Adakah pendapat presiden dan ahli isma islam tulin....yang lain semua cacat?

    ReplyDelete
  15. Apakah sumbangan besar ISMA kepada agama bangsa dan tanah air selama ini?

    ReplyDelete
  16. Apa kah sumbangan kita pada islam..hebat kah kita beribadat atau hebat hanya pada berpidato mempertahan kan kerajaan ...pilihan masing2..klu itu lah islam yg di perjuang kan..tepuk dada tanya selera
    .

    ReplyDelete
  17. Nih mamat ISMA gua tarak pernah dengar dier bising pasai kes songlap, rasuah dan salahguna kuasa berkaitan 1MDB yang dilakukan oleh pemimpin Islam yang katanya siap masuk dalam akaabah lagie.... Kenapa isu yang besar tu mamat ISMA ni tarak bising....

    Wei.... Bodo ka apa... Isu Islam dan Orang Melayu tue semua bawah kuasa YDP Agong la.... Aper ka bodo sangat.... Takkan la YDP Agong nak biarkan ja nanti... Itu semua bawah kuasa dier... Lainlah kalu YDP Agong semua dah kena beli atau jadi murtad..... Huhuhu... Nauzubillah...

    Lain kali kalo bodo tu... Simpan senyap senyap... Buat malu anak bini adik beradik dan mak bapak jer ..... Huhuhu


    Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz5HheCF49M

    ReplyDelete
  18. Agung je pertahankan Islam? Org lain tengok je ka?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com