innity

pages

Tuesday, June 5, 2018

((LIVE)): Rosmah hadir ke SPRM, siapa rindu sila tonton




Situasi terkini di luar pekarangan kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak.
Liputan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang diminta hadir di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Rosmah tiba di ibu pejabat SPRM dengan diiringi 2 peguam untuk memberi keterangan. (Gambar Reuters)

PUTRAJAYA: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 10.43 pagi.

Beliau hadir untuk memberi keterangan berhubung SRC International yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Terdahulu, beliau meninggalkan kediamannya di Taman Duta di Kuala Lumpur jam 10.15 pagi menuju ke ibu pejabat SPRM.

Beliau yang menaiki kereta jenis Mercedes turut diikuti rapat tiga lagi kenderaan lain yang dipercayai barisan peguam beliau.

Bagaimanapun, pihak media tidak dapat mengesahkan sama ada Datuk Seri Najib Razak turut bersama beliau ataupun tidak.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya akan mengambil dan merakam keterangan Rosmah berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd pada jam 11 pagi ini.

Sebelum ini pada bulan Mei, Najib telah hadir ke SPRM sebanyak dua kali bagi tujuan sama.

2 comments:

  1. Amboi... mesranya pegawai wanita SPRM menyambut isteri perompak harta negara. Si isteri ni pulak telah disahkan oleh DOJ sebagai orang yang berbelanja mewah dgn kad kredit suaminya.

    Nak kata dia tak tahu bahawa kad kredit tu dibayar guna duit 1mdb... takkan laa kan? Semua isteri tahu kemampuan kewangan suami. Kalau Rosie cakap dia nak beli sebuah handbag harga RM1.2 juta, tentu dia perlu tanya suami dia sama ada suami dia mampu ke nak bayar, kan?
    Yelah... suami dia cuma penjawat awam jerr, bukan jutawan.. apalagi bilionwan

    .... atau... dia memang tahu suami dia mampu bayar berapa banyak pun dia nak belanja?

    The sky is the limit Honey... pick-up whatever you want... I'll pay...

    ReplyDelete
  2. Buat suwei saja tonton video manusia durjana & puaka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com