innity

pages

Sunday, June 10, 2018

LAKONAN ANWAR TERBONGKAR TUN M JELASKAN

DILEMA MELAYU
SIRI 681
LAKONAN ANWAR TERBONGKAR
TUN M JELASKAN

Syahdan tersebutlah kisah Anwar yang diampun dari penjara, tapi tetap sebagai mantan banduan, kononya dialah bertanggungjawab 'menyelesaikan' isu kerajaan PH dengan DYMMDAgong. Dia terus berkokok konon dia juga berunding dengan beberapa sultan yang lain. Maka diangkat dirilah ia sebagai hero yang 'menyelamatkan' kerajaan PH konon. Kononnya dia berunding bagi pihak Tun M.
Kisah begini bukan baru bagi Anwar. Waktu dia dalam kabinet BN pun dia gunakan teknik sama. Lembu punya susu sapi dapat nama. Dari kenyataan akhbarnya seolah-olah raja-raja Melayu tak senang dengan kepimpinan Tun M. Justru itu dia, Anwar, tampil ke depan menemui DYMMDAgong dan beberapa orang raja Melayu untuk menjadi 'pakar runding' pula.
Akhirnya terbongkar rahsia. Tun M, tanpa berkokok, menjelaskan beberapa orang sultan menemui beliau juga. Rasa hormat-menghormati antara sultan dengan PM tidak berkurangan. Tun M dan kerajaan PH adalah pilihan rakyat. Semua pihak mesti menghormati pilihan rakyat. Tidak ada makhluk 'above the law'. Tun M berpegang pada undang-undang negara. Seperti kata peribahasa Melayu 'raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.' Siapa saja yang melanggar undang-undang, tanpa mengira status dalam masyarakat, akan diambil tindakan.
Selama 61 tahun UMNO berkuasa. Di era Najib Razak UMNO hilang sumpah keramatnya sebagai parti memperjuangkan bangsa, agama dan tanahair. Ia jadi hak Najib Rosmah Sdn Bhd, dan Najib menjelma sebagai perompak campur lanun campur pencuri harta rakyat kelas cakrawala. Mantra 'cash is king' jadi tangkal azimat politiknya.
Apa sudah jadi? Rakyat tunjuk kebencian mereka melalui PRU 14. Terkangkang Najib dan kabilah para koruptornya. Meraung Rosmah dan mereka yang bernafas sebagai badut bawah ketiak Najib. Tun M, mantan PM, berusia 92 tahun dengan restu Allah dan sokongan rakyat berbilang kaum, berjaya menghancurkan segala kerakusan, kezaliman dan kemunafikan Najib dan kabilahnya.
Sekali air bah sekali pasir berubah. Budaya korupsi UMNO tidak boleh dilanjutkan lagi. Kerajaan PH mesti berjuang atas hasrat dan kepentingan semua kaum yang cintakasihnya pada tanahair ini. Apa yg termaktub dalam perlembagaan dipertahankan. Malaysia mesti berani hadapi cabaran dunia dengan kekuatan, perpaduan, kerjasama, ilmu dan kepakaran semua kaum.
Rakyat semua kaum berdoa agar Allah lanjutkan usia Tun M memimpin kerajaan PH. Bukan mudah hendak memulihkan ekonomi negara dengan hutang mencicah RM1.2 trillion peninggalan 'ligasi' penyamun plus prompak yang bakal tinggal di Sg Buloh berpuluh-puluh tahun kelak.
Kalau Anwar berbangga hendak menemui kawan-kawannya di luar negara atas jemputan mereka silakan. Tun M dan kabinetnya boleh mengatasi berbagai isu yang datang. Tun M is a real fighter for the rakyat. Dia bukan politikus yang pandai berlakon.
oleh:

11 comments:

  1. ya allah lanjut kan lah usia mamak sepetti yg macai harapkan mcm dah tak ada makhluk lain dlm mesia ini selain dati mamak brndahara suruhan top dog srlama 150 tahun lagi..

    ya allah petkenankan lah doa doa macai mamak brndahara mesia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah kah

      Delete
    2. Terima sahaja kekalahan..top dog la..lgbt la..fitnah la..apa lagi..actually semua ni pemimpin kau yg dah buat..

      Bro rakyat Malaysia dah pilih dia..apa yg buat kan kau rasa kau lebih BETUL drpd berjuta rakyat Malaysia yg dah pilih dia? Kiranya kau BETUL n diaorg semua salah aa?

      Top dog bila pemimpin Melayu songlap duit rakyat guna org Cina JL tu..tu baru top doggy dog..got it?

      "Allah akan memenangkan hambanya yg memenangkan Nya.."
      so dlm PRU siapa yg Allah menangkan? Doa siapa yg Allah makbul kan? Adakah kau cuba ckp takdir Allah ni tak betul?

      Bulan puasa ni bykkan lah jaga tutur kata..tutur kata melambangkan adab kau..pikir sendiri..

      Delete
    3. Terima sahaja kekalahan..top dog la..lgbt la..fitnah la..apa lagi..actually semua ni pemimpin kau yg dah buat..

      Bro rakyat Malaysia dah pilih dia..apa yg buat kan kau rasa kau lebih BETUL drpd berjuta rakyat Malaysia yg dah pilih dia? Kiranya kau BETUL n diaorg semua salah aa?

      Top dog bila pemimpin Melayu songlap duit rakyat guna org Cina JL tu..tu baru top doggy dog..got it?

      "Allah akan memenangkan hambanya yg memenangkan Nya.."
      so dlm PRU siapa yg Allah menangkan? Doa siapa yg Allah makbul kan? Adakah kau cuba ckp takdir Allah ni tak betul?

      Bulan puasa ni bykkan lah jaga tutur kata..tutur kata melambangkan adab kau..pikir sendiri..

      Delete
  2. Dua hari lepas, saya terjumpa satu video dlm youtube, temuramah KiniTV dgn bekas AG Tan Sri Abu Talib Othman.

    Sya mmg mengkagumi Tan Sri ni sejak dia jd pendakwaraya dalam kes pembunuhan Dato Taha tahun 80an dulu. Masa tu sya masih budak sekolah.
    [ Dato Mokhtar Hashim yg kna tuduh (unlike DSAI) takde laa pulak lari dan kumpul orang memekik-mekik cakap konspirasi politik. ]

    Dalam video tu, Tan Sri Talib menjelaskan bahawa bukan Tun yg buang Tun Salleh Abbas tp it was Agong at that time! Dia jelaskan kenapa dia terpaksa ckp Tun yg suruh... yelah... kita faham, sapa-sapa pun dalam kedudukan dia akan terpaksa ckp macam tu. Takkan nak ckp Agong suruh sbb alasan for the sacking tu (pada pendapat peribadi saya) amatlah trivia.

    Ya Allah.... selama berpuluh tahun saya dan ahli keluarga, rakan2... semua duk tuduh Tun yg bukan-bukan... saya rasa malunyaa... ntah macamana nak mintak maaf dgn Tun. Masa kes Tun Salleh Abbas kena buang tu, saya di universiti. Saya tak boleh terima alasan 'misconduct' tu.

    Sejak tu sya jd tak suka dgn UBN. Tp takde laa nak sokong parti lain cuma I felt so let down by Tun whom I grew up admiring since he was the one who taught us that we can build our own cars (an idea so foreign to the majority of Malaysians back then).

    Syukur...now in my 50's, Allah beri saya peluang to find out the truth.

    Terima kasih Tan Sri Abu Talib kerana akhirnya tampil memberitahu hal sebenar.

    Ntah apa lagi fitnah yg Tun tanggung dalam hidupnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi yang Tun kena tanggung,walaupun bukan salah dia.Bekas Ketua Polis Negara,Tun Haniff Omar pernah menjelaskan berkali-kali bahawasanya bukan Tun yang arahkan penangkapan dalam operasi Lalang,namun majoriti orang Melayu tidak suka membaca,malah lebih gemar menerima sahaja apa yang dilabelkan oleh musuh politik Tun.Media barat pula,hanya menggunakan label-label yang dibuat oleh musuh politik,terutama sekali daripada kem Anwar,walaupun mereka tahu keadaan sebenar.Ini kerana ada kepentingan tertentu,dan Anwar adalah wakil mereka.Tun seorang yang sangat cermat,dan konsisten dalam perjuangan.Seperti kata beliau,"saya bukan fanatik kepada parti,tetapi fanatik terhadap perjuangan".

      Delete
  3. Kenapa masih ada rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi dan mengadu domba. Sedangkan kedua-dua orang sudah menjelaskan pandangan dan pendirian masing-masing. Musuh-musuh politik masih juga menggunakan modal yang sama sebelum ini dan sekarang. Apakah modal ini akan berjaya? Kalau kita lihat sebenarnya musuh politik inilah yang tidak sabar-sabar dalam menjatuhkan seseorang pemimpin dan hanya mampu menggunakan hayalan dan imaginasi dalam mencetuskan reaksi negatif kepada pemimpin.

    ReplyDelete
  4. Masalah dengan anwar ibrahim adalah beliau pakar dalam memporak perandakan organisasi yg dia sertai.

    Waktu semasa dalam umno,
    Anwar ibrahimlah yg memperkenalkan politik wang sehingga tumbangnya tun ghaffar baba yg menjadi TPM ketika itu. Ditaburnya wang kepada ketua bahagian umno seperti menabur dedak.

    Hari ini bersama Pakatan Harapan,
    Segala ucapan, komen anwar ibrahim boleh rakyat baca dan menilai, apa yg pasti komen2 in tidak menyenangkan hati rakyat yg membacanya.

    Anwar ibrahim tidak pernah berubah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar adalah pakar pecah tapi tak perintah.Dia tidak boleh memimpin tanpa ada persengketaan dan permusuhan.Kena ada musuh,baru senang dia bekerja dan main wayang.Dia mampu mencipta musuh-musuh setiap hari.Ini adalah penyakit orang yang tidak ada ilmu dan kebolehan mengurus tadbir.Apakah idea Anwar dalam membangunkan negara bangsa?Balik-balik dia akan guna isu perkauman,dan agama.Kerana apa?Kerana ramai melayu yang tidak ada kebolehan berfikir akan taksub kepadanya,dan sanggup mati sia-sia.Bertentangan dengan Mahathir,yang berkebolehan menyatukan.Di bawah Mahathir,isu pemimpin DAP memakai songkok ketika mengadap raja,lansung hilang.Ingat,negara lebih penting.Bukannya Al-Core,Habibie,Yusuf Qardawi,Amin Rais,dan berlori-lori lagi sahabat dia.Presiden Jokowi pun tidak mahu bertemu dengan orang ini,ketika dia 'hemoi' buat lawatan dua tiga hari selepas dibebaskan.

      Delete
  5. Faktanya ada ramai pengundi yg x berparti yg menentukan keputusan di pihak mana undi nk di berikan ...dan jangan menidakkan juga ketentuan allah ...rakyat memerhati dan menilai pemimpin yang mana benar2 ingin mewakili rakyat apabila sudah menjadi kerajaan ..wallahualam

    ReplyDelete
  6. Anwar ni mmg jenis manusia yg x bleh pakai... dia ni jenis marketing people.. elok dia buat bisnez MLM je dah tentu dia bleh jadi millionare.. tp nak gak masuk politik..nak buat mcm mana..
    Kelebihan pada Anwar : hebat berpidato, sgt opportunist, pandai pusing n pandai manipulate... klau bab mentadbir n to be sincere gentleman, mmg dia tak la... aku pun x tau mcm mana media luar bleh iktiraf dia among the best finance minister dulu tu..tp klau based hubungan dia ngan US dulu, mmg no wonder la dia bleh dpt title tu..
    Yg paling kesian, org melayu yg tak abis2 kene bodoh ngn Anwar..
    In shaa Allah.. aku rasa Tun mmg dah tau game anwar ni n Tun tau mcm mana nak 'selesaikan' si Anwar ni...
    to be honest, klau Anwar ni gak yg jadi PM 8, mmg aku kluar balik dr PH baiii...
    Utk anon 12:16pm, ko tak abis2 ngn dog ko... ko ni spesis anjing kurap ke atau rottweller??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com