innity

pages

Sunday, June 3, 2018

Komuniti Perniagaan BIMBANG Kegelojohan Anwar, PKR

Walaupun sektor kewangan umumnya mengalu-alukan kemunculan semula Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya, Tun Daim Zainuddin menerajui kerajaan, ada yang bimbang berulangnya sengketa perdana menteri dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggugat pembaharuan dilakukan kerajaan baru, lapor The Straits Times (ST).

Akhbar Singapura itu memetik kawan rapat Daim yang berkata, komuniti perniagaan umumnya “selesa” dengan bekas menteri kewangan itu, yang kini mengetuai kumpulan “tokoh ternama” untuk menasihati kerajaan mengenai reformasi ekonomi kerana gandingan Dr Mahathir-Daim “teruji”.

“Pandangan umum ialah Dr Mahathir mungkin kekal selama 2 tahun dan kalangan pelabur bimbang dengan keadaan selepas itu,” kata Ismail Jaafar yang memiliki firma perundingan.

Laporan itu muncul berikutan spekulasi mengenai kelewatan menamakan baki anggota Kabinet Dr Mahathir disebabkan tiada persetujuan dalam pemilihan menteri.

Terdapat desas-desus protes daripada kem PKR, apabila hanya 3 pemimpin mereka dilantik dalam Kabinet 14 anggota sekarang, dengan portfolio penting seperti kewangan, pertahanan, hal ehwal dalam negeri dan pendidikan diberikan kepada DAP, Amanah dan PPBM diterajui Dr Mahathir.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dilantik sebagai timbalan perdana menteri berdasarkan persetujuan Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya, ditugaskan mengetuai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

ST melaporkan wujud “suasana tidak selesa” yang boleh mencetuskan “ketidaksabaran” dalam kalangan kem Anwar dan sekutu mereka.

“Itu boleh menyebabkan ketegangan serius dan membawa kepada konfrontasi di kalangan ahli gabungan pelbagai ideologi itu.”

Kebimbangan itu bukan perkara baru kerana kurang 10 hari selepas Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, Daim memberi amaran “pemuda yang terburu-buru” mahu melihat Anwar menerajui kerajaan, walaupun beliau secara berhati-hati berkata, ia di luar kawalan Anwar.

“Kadang-kadang dalam mana-mana parti politik, terdapat mereka yang tidak sabar. Mereka yang tidak sabar ini bukan Anwar. Anwar faham keadaan politik.

“Pemuda yang terburu-buru. Seperti kebanyakan orang muda, mereka terburu-buru,” kata Daim pada 18 Mei lepas.
Persefahaman antara pemimpin PH ialah Dr Mahathir akan mengetuai kerajaan “buat sementara” sebelum menyerahkannya kepada Anwar selepas proses pengampunan beliau selesai.

Proses itu selesai beberapa jam selepas pembebasannya bulan lepas, dengan pengampunan penuh tanpa syarat daripada Yang di-Pertuan Agong, seperti dimaklumkan Anwar.

Dr Mahathir memberi bayangan beliau perlu kekal selama 2 tahun sebelum melepaskan jawatan itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com