innity

pages

Wednesday, June 13, 2018

Khidmat pengerusi SPR ditamatkan 1 Julai


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, tempoh perkhidmatan Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dipendekkan berkuat kuasa 1 Julai ini.
SPR berkata, Istana Negara dalam surat bertarikh 7 Jun lalu memaklumkan perkara itu sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada perdana menteri dalam surat bertarikh 11 Jun lalu.
“SPR turut merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Mohd Hashim Abdullah atas khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan di SPR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hashim menyertai SPR pada 5 September 2014 sebagai timbalan pengerusi dan dinaikkan pangkat untuk mengetuai suruhanjaya itu pada 24 Januari 2016.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap Hashim jika ada bukti beliau terbabit dalam salah laku pada pilihan raya umum ke-14.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, “penipuan” oleh badan pengendali pilihan raya menyebabkan ada di kalangan calon PPBM yang kalah pada 9 Mei lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com