Serentak itu, beliau turut melepaskan jawatannya sebagai Exco Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Bahagian Libaran dan Ketua Cawangan UMNO Merpati Permai Libaran.
Turut sama keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) ialah kira-kira 200 ahli pergerakan tersebut.
Armani berkata, mereka mengambil keputusan itu selepas memikirkan sudah tidak mempunyai hala tuju dalam parti.
"Kami masuk Warisan sebagai ahli biasa sahaja kerana yang penting adalah perjuangan bersama Datuk Seri Mohd. Shafie dalam memastikan nasib rakyat Sabah terus terbela. 
"Ini merupakan langkah pertama dan saya yakin lebih ramai lagi akan mengikut jejak kami untuk menyertai Warisan kelak," katanya. - UTUSAN ONLINE