pages

Thursday, June 7, 2018

Kesemua kakitangan Kemas akan dikekalkan, Akan PECAT jika DEGIL, TERUS AKTIF dalam UMNO


MENTERI Pembangunan Luar Bandar Rina Harun memberi amaran akan memecat kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang berdegil untuk terus aktif dalam parti. 

Katanya, kakitangan berkenaan harus memilih secara sukarela sama ada mahu terus berkhidmat dengan Kemas atau kekal dalam jawatan parti. 

Tegasnya seramai 600 kakitangan Kemas yang dikenal pasti terlibat aktif dalam Umno itu harus kembali menumpukan kepada usaha mendidik kanak-kanak tabika bawah seliaan jabatan tersebut. 

“Yang 600 ini kebanyakan mereka mempunyai jawatan seperti ketua bahagian, ketua cawangan, di peringkat ahli jawatankuasa, ketua puteri dan wanita (Umno). 

“Jadi kita beri kata dua kepada mereka, sudah tentu kita mahu mereka sebagai kakitangan Kemas kembali tugas hakiki mendidik anak-anak,” katanya. 

Bagaimanapun, kesemua kakitangan Kemas akan dikekalkan, katanya dalam sidang media selepas program Turun Padang di Tabika Kemas, di Kampung Olak Lempit, di Banting. 

Jelasnya, ia meliputi 10,253 orang di jawatan kontrak dan 7,286 yang diserap dari jawatan kontrak ke jawatan tetap di jabatan bawah kementeriannya itu. 

“Kita telah kenal pasti kesemua mereka ini tidak ada lantikan politik kerana urusan pengambilan mereka melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). 

“Kalau kita berhentikan mereka siapa pula nak menjaga sebanyak 220,300 pelajar Kemas. Lagipun mereka semua kelayakan 70 peratus daripada guru Kemas ini ada Diploma Pendidikan Awal Kanak- Kanak.” 

Amarannya itu merupakan salah satu langkah kerajaan Pakatan Harapan untuk mengikis saki baki jawatan lantikan politik tinggalan Barisan Nasional (BN). 

Jabatan Kemas sebelum ini sering disalahguna untuk tujuan politik kepartian oleh BN dan dijadikan menjadi jentera kempen untuk menentang pembangkang. 

Tambah menteri itu, perjumpaan dengan kesemua guru Tabika Kemas akan diadakan selepas raya ini. 

Sementara itu seorang kakitangan Kemas yang ditemui The Malaysian Insight, Mohd Affendy Amiruddin menjelaskan penglibatan mereka dalam parti politik sebenarnya adalah perkara biasa. 

Beliau yang sebelum ini pernah memegang jawtaan sebagai ketua Pemuda Umno cawangan berkata, keterlibatan kakitangan Kemas dalam politik adalah kerana mereka yang paling dekat dengan masyarakat. 

“Dulu kalau yang terlibat dalam parti  tidak pernah jadi masalah, sebab kerajaan dan jabatan selari, tapi kini kerajaan sudah bertukar. 

“Macam saya pun sudah lepas jawatan, apapun kita kena ingat peranan Kemas adalah berkhidmat untuk kerajaan hari ini." – TheMalaysianInsight, 7 Jun, 2018

3 comments:

  1. Ki ki ki..bangang..dulu dlm penjawat awam bnyal pembangkang..ada kena buang ke..akai mana ..akai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke..
      Biase kemas kena guna dgn jentera bn. xpenah nmpk kemas jdk tempat aktiviti partu lain

      Delete
    2. Dulu Penjawat Awam KEMAS totok BN....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com