pages

Monday, June 4, 2018

Kerajaan Perlu Cadang Nama Peguam Negara Lain - GPMS.

Kerajaan Perlu Cadang Nama Peguam Negara Lain - GPMS.
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berharap kerajaan dapat mencadangkan beberapa nama lain sebagai Peguam Negara.



Isu Peguam Negara: Raja-Raja Melayu dijangka bersidang pada Selasa

Raja-Raja Melayu dijangka mengadakan perbincangan khas berkenaan jawatan Peguam Negara pada Selasa ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata warkah persilaan untuk perbincangan khas di Istana Negara itu telah dikeluarkan pada 1 Jun kepada Raja-Raja Melayu.

Syed Danial berkata ketika ini kerajaan dan Istana Negara belum ada persetujuan mengenai pemberhentian perkhidmatan Peguam Negara yang ada sekarang serta calon penggantinya.

"Raja-Raja Melayu mengikuti perkembangan ini (jawatan Peguam Negara) dan merasakan ada tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan kekusutan ini," katanya.

Menurut kenyataan itu, di bawah Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan: "Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan.

Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan pula menetapkan : "...Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong".

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali akan bercuti dan tempatnya digantikan oleh Peguam Cara Negara, berkuat kuasa serta-merta.

Dr Mahathir berkata Mohamed Apandi diberikan cuti berikutan terdapat beberapa aduan tentangnya walaupun belum ada sebarang laporan rasmi dibuat berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

14 comments:

  1. Dalam isu pemilihan AG baru ini, bangsa bernama MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM livung in fantasi fuul of fictions and falsities....

    Sedih.....patutlah kes besar 1MDB sewenang2nya di cover up atas dasar AG melayu dan muslim.....

    Sedih dgn bangsa ku yang seagama

    ReplyDelete
    Replies


    1. Mengapa perompak, pencuri, penyamun 1MDB tidak di heret ke pengadilan, takut kalah ke ???

      Delete
  2. Mohon pencerahan.

    Kami rakyat marhaen keturunan melayu beragama islam yg kurang pandai serba daif memohon kepada orang melayu beragama islam berintelektual tinggi apatah lagi mereka2 ini mengundi umno bn najib dan parti PAS yg memmiliki dan boleh menunjukkan no ahli parti PAS di pintu syurga ingin bertanya....

    Dimanakah terdapatnya dalam klausa perlembagaan menyatakan mewajibkan AG hendaklah dikalangan orang melatu islam?

    Mungkin orang melayu berintelektual tinggi boleh meminta bantuan, pandangan majlis profesor negara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi satu yang SEHARUSNYA diteliti sebelum GPMS nak buat statement. Lihat Artikel 145 (3) dalam Perlembagaan Malaysia:

      145(3): The [AG] shall have power, exercisable at his discretion, to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence, OTHER THAN proceedings before a Syariah court, a native court or a court-martial.’

      biar saya translate bahagian akhir ayat di atas... SELAIN DARIPADA prosiding-prosiding dalam mahkamah Syariah, mahkamah orang asli atau mahkamah tentera.

      Klausa tu terang-benderang MELARANG seorang Peguam Negara daripada berurusan dengan prosiding-prosiding dalam mahkamah2 yang selain dari mahkamah sivil.

      Jadi apa hal pulak GPMS boleh kata ..."adalah penting AG mempunyai pemahaman ttg undang-undang Islam" ? Kalau dia faham bebenar sekalipun, klausa dalam Perlembagaan MELARANG dia dari cakap apa-apa pasal undang-undang Islam.

      bab nak nasihat Agong pasal undang-undang Islam, Mufti Agong sendiri SS Datok Dr Zulkifli Al Bakri dah lebih dari cukup. Nama pun Mufti, dah tentu laa dia expert dalam Syariah Laws. Kalau tak mau Mufti, kat Malaysia ni ada berlambak-lambak peguam dan hakim syariah. Pilih ajer yg mana nak.

      Harap GPMS atau mana-mana pihak yg nak bagi komen tu, cuba la jengok-jengok dan baca dulu Perlembagaan Negara.

      Dan kepada Pemimpin Pas.... bab AG mesti pandai buat ayat dalam Bahasa Melayu dan mesti pandai bercakap Bahasa Melayu supaya boleh bersembang dengan Raja-Raja Melayu tuu.... adoiii.... what a joke!... :D

      Delete
  3. kesian dihujung nyawa menyalak jadi budak suruhan Topdog@DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian.... tak abis-abis cari jalan untuk selamatkan bos-bos dari kena dakwa.

      Selain provoke dengan isu agama dan kaum, dah tak boleh pikir cara lain kerr?

      Delete
  4. Wahai budak bernama Zamri,....Apandi Ali itu Islam apa?Mana pergi Islamnya ketika dia bersubahat melindungi kerja-kerja kafir yang dilakukan oleh rejim Najib?Melayu otak udang,otak penuh selut,dan hanya pandai buat taik sahaja.Islam melayu gagal menguruskan kebenaran,...tak payah cakap Islam la bro.Mana GPMS ketika Najib mencuri,merompak,dan menyamun???

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi tiada tuduhan dimahkamah belum tentu sesorang itu bersalah

      #topdog@dogdog

      Delete
    2. 2.31 kenapa najib sebagai PM amat takut naik ke mahkamah?

      Delete
    3. Anon.2:31 adalah anjing Najib.Selamat menyalak!

      Delete
  5. selama ni si apandi ali nih dh byk memartabatkan undang2 shariah ka? muka kaki dangdut mamat nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi ko nak yang kafir?atau kau pn mmg kafir jugak?

      Delete
    2. Kafir tommy thomas tak merompak wang rakyat, melindungi kepala bapak kepada penyamun2 semalaysia.

      Delete
    3. Anon. 5:48, kau malas baca Al-Quran.Kalau kau baca pun umpama burung tiong.Jadi kau tak mampu memahami siapa itu kafir sebenar yang Allah maksudkan.Bacalah dengan niat mencari kebenaran,bukannya baca untuk mengkafirkan orang lain.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com