pages

Sunday, June 10, 2018

Kalau saya presiden UMNO, saya tak 'merangkak' jumpa Dr Mahathir - Ku Li

KUALA LUMPUR : “Kalau saya pemangku Presiden UMNO, mengapa saya harus merangkak berjumpa dengan orang yang telah meninggalkan parti ini?”

Itu jawapan pendek tetapi pedas Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah ketika diminta pandangan mengenai pertemuan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Veteran UMNO itu, lebih mesra dikenali sebagai Ku Li, berkata, semua pihak harus ingat bahawa Dr Mahathir sendiri yang meninggalkan parti itu, malah menyebabkan kekalahan parti itu dari terus memegang tampuk pemerintahan negara.

“(Difahamkan) perjumpaan itu permintaan dari Datuk Zahid sendiri, saya tidak hendak komen apa-apa lagi.

Orang tanya mengapa Zahid jumpa Dr M dan minta nasihat daripada dia, macam mana hendak uruskan UMNO, itu dia punya hak.

“Tetapi sekiranya saya pemangku presiden, kenapa saya harus berjumpa dengan Tun M? Saya mengetuai parti yang berlainan, dan dia (Tun M) tidak memihak kepada kita, dia sudah meninggalkan parti kita, parti yang dia sendiri tubuhkan dengan Anwar Ibrahim. Jadi, mengapa mesti 'merangkak' berjumpa dia?” soalnya kembali.

Ku Li berkata demikian ketika menjawab persoalan dari wartawan dalam satu sidang media hari ini, yang diadakan di kediaman beliau di Langgak Golf, di sini hari ini.

Pada 7 Jun lepas, Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, dan ia merupakan pertemuan pertama antara pemimpin tertinggi UMNO itu bersama Perdana Menteri sejak kerajaan Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.


Dr Mahathir, dalam satu temubual bersama sebuah akhbar, mendedahkan pertemuan itu bukan sahaja merupakan perjumpaan biasa, tetapi Ahmad Zahid dikatakan datang untuk mendapatkan pandangan Perdana Menteri itu mengenai UMNO.

7 comments:

  1. Ko pun sama gak dulu, bongok

    ReplyDelete
  2. Ini org tak boleh dipercayai. Cakap keluk kelek. Mahu golongan bangsawan lg ke UMNO jd Presiden. Baguslah. Lagi susah rakyat jelata sbb golongan ni tak faham kesusahan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Macai2 harami umno cakap Tun jemput zahid datang.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila talak kahkahkah

      Delete
  4. Klu umno nak bernyawa semula..pilih lah pemimpin yg bersih dan jujur. Pengundi sekarang dah bijak memilih.

    ReplyDelete
  5. Pilihlah pemimpin umno yg bersih...

    ReplyDelete
  6. Belajarlah ummo walaupun pahit!

    Hakikat dan kenyataan adalah pucuk pimpinan tertinggi umno adalah, mereka perlu menelan ubat yg pahit, tanpa hipokrit dan prejudis;

    Kamu pemimpin umno yg masih ada, sila duduk diam, perhatikan, hanya bercakap apabila dibenarkan, sebagaimana mengadap raja siam, kamu merangkak, atau gulingkan diri kamu dan mengadap lim kit siang, seterusnya tanyalah apa itu C.A.T?

    Tanya juga kepada lim kit siang kenapa mereka satu organisasi yg berdisiplin, bergerak sebagai satu unit dan mendapat sokongan padu kaum cina dan india di setiap PRU.

    Wahai umno, sila bertanya kepada lim kit siang jangan malu bertanya, jangan sesat jalan lagi.

    INI KALI LAH.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com