innity

pages

Sunday, June 10, 2018

Kadir Jasin dah Letak Jawatan, Shahidan Kassim yang JELAS DIMURKAI Raja Perlis pula Apa cerita

Peletakan jawatan pemberita veteran Datuk A Kadir Jasin sebagai jurucakap kerajaan disambut baik sebilangan ahli politik, yang turut mendesak tindakan sama diambil ke atas pemimpin Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung kenyataan mengenai Raja Perlis.
Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Tariq Ismail mengakui laporan polis dibuat terhadap Kadir berhubung artikel tentang Yang di-Pertuan Agong di laman blog beliau dan berkata proses undang-undang mesti berjalan.
Akan tetapi beliau juga menggesa perhatian serius terhadap Sahidan, yang mempersoalkan keputusan Raja Perlis melantik menteri besar walaupun ditentang Adun yang lain.
Laporan polis dibuat terhadap kedua-dua Kadir dan Shahidan. “Jika pihak berkuasa mahu mendakwa Kadir kerana tulisannya, maka mereka juga perlu mendakwa Shahidan, kata Tariq.
“Kadir memberi jaminan kepada raja-raja bahawa mereka dilindungi di bawah perlembagaan, tetapi mereka juga perlu mematuhi peruntukan perlembagaan. Bagaimanapun, oleh sebab ia juga berkaitan ehwal kewangan Yang di-Pertuan Agong, keadaan menjadi rumit,” katanya.
Kadir hari ini memaklumkan peletakan jawatan beliau berikutan artikel tersebut, yang walaupun ditulis atas kapasiti peribadi, boleh mencemarkan Majlis Penasihat Kerajaan yang dilantik perdana menteri. Peletakan jawatan beliau diterima pengerusi majlis, Tun Daim Zainuddin.
Penganalisis politik Dr Mohamad Agus Salim memberitahu FMT bahawa “Kadir membuat keputusan tepat dengan meletak jawatan kerana jika sebaliknya usaha baik majlis itu selama ini akan terkesan.”
Katanya isu berkaitan raja-raja adalah sensitif dalam kalangan rakyat dan pihak yang bercakap tentangnya secara terbuka perlu berdepan akibatnya.
Bekas Ahli Parlimen Sungai Benut, Tawfik Ismail berkata artikel Kadir, walaupun merupakan pandangan peribadi, boleh juga dianggap mewakili majlis penasihat berdasarkan kedudukan beliau sebagai jurucakap majlis tersebut.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, peletakan jawatan Kadir adalah pilihannya sendiri. “Jika tujuannya untuk meredakan kekeliruan dan baik untuk demokrasi, maka kenapa tidak? Dia berhak menyuarakan pandangannya.”
Shahidan sebelum ini mempersoalkan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar, yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Bulan lepas, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) cawangan Perlis menganggap komen Shahidan berkenaan pelantikan itu sebagai menderhaka.
Timbalan Presiden Mubarak Perlis, Datuk Bahari Taib berkata beberapa kenyataan Shahidan yang dibuat di Kuala Lumpur adalah keterlaluan. - FMT

2 comments:

  1. Patutlah najib super yakin ummo bn menang pada PRU14...faktornya adalah;

    1.kemenangan PRK sg besar dan k.jangsar.
    2.maklumat risikan dari ATM dan SB polis.
    3.Kaji selidik Majlis Professor Negara

    tetapi faktor yg penting adalah;

    4.najib diberi maklumat dari punahsihat dan macai2nya yg juga merangkap sebagai pengipas bontot najib luv rosmah, bahawa umno bn pasti menang.

    Tetapi pembaca2 masih tidak sedar... bukan tun, anwar, lim kit siang, nauzubillah disimpangkan segala bala menimpa pasti turun jika pas dan hj hadi yg menjadi faktor kemenangan PH ini.

    Korang agak siapa? Kalau dah tau, bersyukurlah dengan segala nikmat limpah kurnia yg telah diberikan selama ini....hadamkan!

    ReplyDelete
    Replies

    1. Kemenangan PH adalah di sebabkan oleh rakyat tertipu dengan manifesto kosong oleh PH.

      Kalo BN buat manifesto yang sama seperti PH, PH belum tentu boleh menang.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com