innity

pages

Sunday, June 10, 2018

Jadi seperti Jepun dan Malaysia akan berjaya - Dr Mahathir

Dr Mahathir berucap pada majlis makan malam bersama komuniti rakyat Malaysia di Tokyo malam ini. --fotoBERNAMA

Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Malaysia akan berjaya seperti Jepun sekiranya rakyat Malaysia memiliki etika kerja, pemikiran dan sistem nilai seperti orang Jepun serta mempunyai perasaan malu jika mereka gagal melaksanakan tanggungjawab atau melakukan dengan baik apa jua tugas yang dihadapi.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata bila Dasar Pandang ke Timur pertama kali digubal ketika beliau menjadi perdana menteri pada era 80an, ia bukan setakat menarik pelaburan dari Jepun atau datang belajar di negara ini.

"Ia mengenai soal mempelajari etika kerja orang Jepun, perasaan malu rakyat Jepun bila mereka gagal melaksanakan tugas yang mereka telah janjikan," katanya pada majlis makan malam dengan rakyat Malaysia yang tinggal dan belajar di Jepun, di sini Ahad malam.




Dr Mahathir berada di kota raya ini untuk lawatan kerja tiga hari yang termasuk menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-24 mengenai Masa Depan Asia, atau Persidangan Nikkei.


Ini merupakan lawatan beliau yang pertama selepas menjadi perdana menteri ketujuh Malaysia bulan lalu berikutan kemenangan besar dalam pilihan raya umum.


Perdana menteri juga menceritakan kepada kira-kira 250 hadirin majlis itu mengenai langkah yang dilaksanakan kerajaan untuk memulihkan Malaysia dari kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu, yang termasuk membebankan negara dengan hutang kira-kira RM1 trilion.

Menjelaskan selanjutnya tentang apa yang beliau sanjungi tentang Jepun, Dr Mahathir mengimbau peristiwa yang beliau lihat di Jepun bila beliau pertama kali datang ke negara ini pada 1961 - sebuah negara yang musnah akibat perang.

"Saya lihat orang Jepun bekerja, dan bekerja keras untuk membina semula negara mereka, dan jelas sekali, hasilnya Jepun dengan cepat muncul menjadi sebuah daripada ekonomi terbesar dunia. Dari sebuah negara yang tewas dan musnah, Jepun mampu membangun semula pada kadar yang pantas dan berkesan.
"Saya dapati mengapa rakyat Jepun berjaya membina semula negara mereka; ini disebabkan etika kerja dan sistem nilai mereka. Jika ada punya cara bekerja yang salah, jika anda tidak bekerja keras dan anda tidak bangga dengan hasil kerja anda, anda akan gagal," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata orang Jepun menaruh rasa bangga menghasilkan produk berkualiti tinggi yang mampu bersaing dengan berjaya bersama produk dihasilkan negara-negara lain.

"Tetapi di Malaysia kita tidak mempunyai sistem nilai ini, kita tidak merasa malu jika kita menghasilkan produk tidak berkualiti... sama ada anda buat itu bagus atau tidak, tidak menjadi hal," kata beliau.

-- BERNAMA

7 comments:

  1. Ki ki ki ki..khakk tuss..
    Yg tk laksana kn manefesto tu tk malu ke..ki ki ki..keeajaan haram kata dr maza..munafikun

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Itu je ko tau..maki hamun..iblis bagai..ki ki ki bila kena ludah..orang2 munafikun...kalau berjanji tk ditepati..kalau berkata2 dia berdusta..
      Penganut2 munafikun kapir kot..kalau tak..pasti diorg tk menyokong ketua munafik...fasikun

      Delete
  3. Jepun di bangun semula oleh keturunan jepun..m'sia ada kaum cacing naik kemata..kesetiaan kepada wang..

    ReplyDelete
  4. Daging naik harga..tomato turun..murahh..raya ni nk buat rendang tok tomato..mesti meriah raya ni..beepusu2 org dtg beraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10.24 tak salah pun raya dgn spageti, pasta ke.. cuma tambah bahan ringkas aje. Klu nak rendang tomato jugak, terpulang..

      Delete
    2. Itu laa... orang suruh pelihara lembu banyak-banyak, kamu pi beli kondo, konon nak untung cepat, maklumlah lembu ni nak tunggu beberapa tahun baru dia jadi dewasa dan boleh dapat hasil dagingnya.

      Semuanya sbb tamak dan gelojoh.
      Lain kali, beramanah laa dgn duit rakyat.

      Kalau dulu jaga lembu elok-elok, mungkin sekarang rakyat Malaysia dah pun dapat makan daging pada harga murah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com