innity

pages

Monday, June 11, 2018

IKRAM jadi Penasihat kepada Maszlee??


Pertubuhan IKRAM Malaysia telah menyerahkan kertas kerja yang mempunyai cadangan dan pandangan mengenai pendidikan di Malaysia kepada YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.
Rombongan yg diketuai Prof Dr Hj Omar bin Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM turut disertai oleh  Pn Hjh Kamaliah binti Noordin – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Ust Megat Mohamed Amin bin Megat Mohamed Nor – Pengarah Eksektif IKRAM Musleh, Mejar KRSM Abd Rahaim bin Md Isa – Pengerusi Unit Kokurikulum & KRS MUSLEH manakala
Prof Dr Mohamed Hatta bin Shaharom dan
Prof Dr Sahrim bin Ahmad mewakili IKRAM Akademia
Di dalam pertemuan tersebut, beberapa isu telah dibangkitkan dan cadangan penyelesaian dikemukakan.
Di samping berkongsi success stories Pendidikan IKRAM,  beberapa pandangan dan cadangan di kemukakan, antaranya :
1. Pastikan falsafah Pendidikan kebangsaan dilaksanakan sepenuhnya. Tekankan pembinaan insan, bukan sekadar proses melahirkan economic animal.
2. Tegaskan pendirian kita mengenai BM, BI dalam Pendidikan. Bantah jika ada usaha kembalikan PPSMI. Menerima DLP jika penuhi syarat dengan sempurna.
3. Cadangkan semua sekolah bukan kerajaan yg laksanakan kurikulum kebangsaan diberi bantuan perkapita dan latihan professionalisme.
4. Cadangkan usaha penambahbaikan sekolah agama rakyat dan pondok dengan syarat2 tertentu.
5. Menyatakan pendirian kita mengenai UEC... boleh diterima dengan Syarat kepujian BM dan lulus Sejarah semasa SPM.
6. Memberi cadangan mengenai Majlis Penasihat Pendidikan dan autonomy Universiti Awam.
7. Mencadangkan silibus Sejarah versi Umno dikaji semula.
8. Mencadangkan permulaan persekolahan diselaraskan dgn IPT.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com