innity

pages

Thursday, June 7, 2018

HORMATI DAN PERTAHAN INSTITUSI RAJA, jadikan YDP Agong Objek Serangan Politik AMAT MELAMPAU


HORMATI DAN PERTAHAN INSTITUSI RAJA

Siri-siri penyebaran maklumat menyasarkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-XV (YDPA) sebagai objek serangan politik sudah melampaui batas.

Sekiranya pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut tidak mahu menghormati Baginda sebagai seorang YDPA, sekurang-sekurangnya hormatilah Baginda sebagai seorang insan yang mempunyai perasaan dan maruah.

Tiada yang benar-benar sempurna dalam proses perubahan kepada institusi negara yang sedang berlaku. Namun menjadi tanggungjawab kita menghormati urusan Perlembagaan yang melibatkan institusi YDPA, Raja-Raja Melayu dengan Eksekutif. 

Kita perlu memberi ruang yang sewajar dan tidak mengheret pihak luar campur dalam komunikasi kedua institusi penting di atas khususnya serangan-serangan yang bersifat peribadi samada kepada YDPA, Raja-Raja Melayu, bahkan termasuk Perdana Menteri.


Kita harus menumpukan usaha mengukuhkan perpaduan rakyat dan utamakan kepentingan negara. Bukan membanjirkan cacian dan penghinaan yang tidak membawa kebaikan malah mencemar keharmonian yang ada dengan mencari keburukan orang lain demi kepentingan politik sempit dan sementara.


SEMOGA ALLAH SWT LINDUNGI MALAYSIA.
*DR ASYRAF WAJDI DUSUKI*

6 comments:

  1. Hormati Raja ada batas
    Elak Pembaziran kami rakyat letak diatas
    Jangan hidup cop mohor sekeping kertas
    Pastikan kebajikan rakyat terbela tuntas

    ReplyDelete
  2. Asyraf bercakap atas kapasiti anak Kelantan?

    Kalau atas kapasiti orang Islam? Langsung tidak ada merit

    ReplyDelete
  3. Tadi saya baru memonton video temuramah di antara Tun Siti Hasmah dgn Malaysia Kini di bawah tajuk "Siti Hasmah: Tangan Dr M menggeletar bukan gementar..."

    Menitis air mata saya. Terdetik dalam hati.... sampai hatinya memperlakukan orang-orang tua macam ni. We are not talking about 60 or 70 year-old people. We are talking about 90+ year-old people!

    Terus saya teringat kepada arwah datuk saya yang pasti akan menggigil apabila terkena hujan. Kami tinggal di tanah tinggi, di Ulu Kelantan. Waktu malam suhu sangat rendah.

    Benci macamana sekalipun kita terhadap seseorang yg tua, kita tak boleh menzalimi mereka. Itu sifat kita orang Melayu apalagi kalau beragama Islam.

    Namun, di kaca TV, kedua-dua mereka tetap tenang pada malam itu. Mereka tahu harapan rakyat sangat tinggi kepada mereka.

    Saya berdoa semoga Allah sentiasa memelihara mereka dan mempermudahkan segala usaha Tun dan rakan-rakannya, demi agama dan negara... demi Malaysia tercinta.

    Kepada Asyraf... contohi laa ayoh awok. Hidup laa di landasae hok Allah lebih suko.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Kita kena ikut arahan ibu bapa kita walaupun mereka kafir.... Selagi tidak bercanggah dengan tuntutan Islam.

      Kalau bercanggah dengan tuntutan Islam, Ibu bapa kita sekali pun, kita tidak boleh ikut.

      Delete
  4. Tiada angin masakan pokok bergoyang,(melainkan ada beruk yang melakukannya).Rakyat bawahan juga adalah manusia yang dianugerahkan akal yang waras dan boleh berfikir.Rakyat memerhati,merenung,dan memproses tindak tanduk manusia lain.Bila tindakan yang semestinya adalah bersifat rasmi,tetapi dilaksanakan dengan cara yang agak kebudak-budakan,maka jangahlah meletakkan kesalahan di pihak rakyat pula.Contoh mudah adalah,apabila jemputan dibuat kepada bekas pemimpin negara yang telah lama bersara ke satu majlis.Namun,kemudiannya dimaklumkan pula kepada orang yang dijemput itu bahawasanya tidak terdapat kerusi untuknya dalam majlis itu nanti.Inikah standard sebuah negara?

    ReplyDelete
  5. Lagu warisan tu bagi lah puak2 Hamno dengarkanya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com