innity

pages

Sunday, June 10, 2018

Hassan Merican bakal jadi Pengerusi Petronas?


Spekulasi bertiup kencang mengenai Tan Sri Mohd Hassan Merican akan kembali ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sebagai pengerusi baharu bagi menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Mohd Sidek dikhabarkan akan meletakkan jawatannya tidak lama lagi.

Hassan yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas dari 1995 sehingga persaraannya pada Februari 2010 mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam sektor tenaga, serta kewangan dan pengurusan.

Turut dipercayai bahawa kontrak Hassan tidak diperbaharui oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baru-baru ini, Hassan dilantik sebagai salah seorang anggota Majlis Penasihat Kerajaan Kerajaan yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga merupakan Pengerusi Sembcorp Marine Ltd dan penasihat kanan antarabangsa di Temasek International Advisors. - mStar

2 comments:

  1. Abis la duit petronass.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa pulak duit Petronas nak habis?

      Tahukah anda di bawah pentadbiran Tan Sri Hassan Merican lah Petronas berkembang menjadi antara syarikat minyak terbesar di dunia.
      In fact, Tan Sri Hassan Merican diiktiraf sebagai antara CEO terbaik di dunia.

      Sebelum menulis, ada baiknya anda baca artikel2 yang banyak tersiar tentang Tan Sri Hassan tapi of course laa kebanyakan artikel tu dalam bahasa omputeh dan dikeluarkan oleh majalah2 korporat dan dalam segmen perniagaan. Tapi cuba lah baca.

      Selepas he was removed from Petronas, seorang corporat figure di bawa masuk dr Shell Singapore dan this guy set up a whole new department on IT, klu x silap tapi dipenuhi oleh 'terlalu' ramai staff of a certain race.
      Ada syarikat yang dinaikkan taraf dua anak tangga. Di bawah TS Hassan' governance, Petronas is very well-structured. Tp selepas dia pergi, syarikat yg belum ada proven track record dah dinaikkan taraf dgn cepat to enable them bid for projects yg mega companies spt Gamuda dan yg setaraf jer boleh bid. Selepas TS Hassan pergi, dah beberapa kali Petronas pecat pekerja secara besar-besaran.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com