innity

pages

Monday, June 11, 2018

[HAI NAZRI AZIZ] KP Tourism Malaysia sahkan SPRM rampas dokumen kementerian PELANCONGAN

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab hari ini mengesahkan bahawa SPRM telah merampas dokumen-dokumen tertentu semasa kunjungan ke ibu pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Putrajaya minggu lalu.
Mirza berkata demikian kepada wartawan selepas di temui selepas pertemuannya dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, Kuala Lumpur.
"(Maklumat) ini adalah sesuatu yang harus kamu dapatkan dari SPRM.
"Mereka telah merampas dokumen itu dan (kini) mengkajinya. Itu sahaja," kata Mirza yang juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai cadangan yang dibangkitkan semasa pertemuannya dengan majlis itu.
Jumaat lalu, akhbar bahasa Inggeris The Star melaporkan bahawa SPRM melawat kementerian itu untuk mengemukakan beberapa soalam mengenai perjanjian promosi yang ditandatangani dengan syarikat swasta.
Laporan itu memetik sumber SPRM yang mengesahkan bahawa lawatan berkenaan dilakukan pada Rabu lalu.
The Star sebelum ini melaporkan bekas Pengerusi Tourism Malaysia, Wee Choo Keong pada 31 Mei lalu menimbulkan persoalan mengenai perjanjian RM99 juta itu antara syarikat tempatan dan Tourism Malaysia yang didakwa ditandatangani dalam masa satu hari.
Wee, yang melabelkan kontrak itu sebagai “perjanjian Speedy Gonzales” juga mendakwa ia dibuat tanpa pematuhan ketetapan pemerolehan kementerian.

6 comments:

  1. Aku rasa skrg,nazri kalo balik batu kat kaca pun kaca x pecah.

    ReplyDelete
  2. Aku rasa skrg,nazri kalo balik batu kat kaca pun kaca x pecah.

    ReplyDelete
  3. Korek korek korek banyak lagi akan ditemui...SPRM mesti bertindak bijak....

    ReplyDelete
  4. Patutlah si musibatun Nazri senyap sunyi tak bersuara,,rupa-rupanya pun Ada banyak pekong di kementerian nya............!!
    Mampus Lu

    ReplyDelete

  5. Korek lah apa pun.... 5 tahun ko pula kena korek.... Dunia berputar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wei 12:01

      Macai BN-dungUMNO confident betul menang 2/3 Parliament....Allah tak izinkan dari terus geng penyamun menjahanmkan negara...

      Sekarang BN pun tinggal 4 parti pyrex jer fix-deposit Sabah & Sarawak hilang gitu jer....

      Putar nya dunia memang terus berjalan, tapi andai PH songlap macam BN-UMNO pun akan kena salai...lu ada paham???

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com