pages

Friday, June 8, 2018

Dr M: Hukuman mati Sirul mungkin ditukar hukuman penjara


Perdana menteri berkata, kerajaan mungkin meringankan hukuman mati ke atas bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia mungkin diganti dengan hukuman penjara supaya dia boleh diekstradisi ke Malaysia.
“Sirul tak boleh balik sebab Australia tidak benarkan seseorang yang dijatuhi hukuman mati pulang, ia undang-undang yang mereka guna.
“Kita mungkin akan batalkan hukuman gantung, tapi digantikan dengan hukuman penjara supaya beliau boleh kembali ke tanah air,” katanya sambil menambah usaha membawa Sirul pulang ke Malaysia akan terbantut jika hukuman mati dikekalkan.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-rasuah di Perdana Putra, hari ini.
Ditanya adakah Putrajaya akan membuka semula kertas siasatan ke atas pembunuhan Altantuya, Dr Mahathir berkata, pihaknya akan mengkaji kes itu sebelum membuat sebarang keputusan.
“Kita akan lihat balik untuk mulakan semula kes Altantuya.”
Beliau turut menafikan laporan The Guardian yang Putrajaya sudah membuat permohonan untuk mengekstradisi Sirul.
“Kita tidak minta.”
Akhbar itu memetik beberapa sumber sebagai berkata, Australia menerima permohonan Malaysia untuk mengekstradisi Sirul selepas Putrajaya bersetuju membayar kos berkaitan dan dia dijangka meninggalkan negara itu dalam masa sebulan.
Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan bekas cif inspektor, Azilah Hadri pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di sebuah hutan di pinggir Kuala Lumpur pada 2006 dengan badannya diletup menggunakan bahan letupan gred tentera.
Mereka bagaimanapun berjaya membatalkan sabitan itu di Mahkamah Rayuan pada 2013, tetapi Mahkamah Persekutuan pada awal 2015 mengembalikan sabitan itu dan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka berdua.
Sirul melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu dan ditahan di pusat tahanan imigresen Australia di Sydney sejak 3 tahun lalu, sementara Azilah menunggu hukuman mati di Penjara Kajang.
Dalam sidang media hari ini, Dr Mahathir turut menjawab soalan mengenai isu lain:
Pertemuan dengan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Beliau hendak bertemu saya dan berminat untuk menyokong kerajaan. Zahid dialu-alukan sokong atau bangkang kerajaan. Itu sahaja. Beliau hadir atas kapasiti pemangku presiden Umno.
Mengenai waran tangkap SPRM ke atas Low Taek Jho
Kita akan tangkap Jho Low, tetapi dia tidak ada di Malaysia. Dia ada di negara lain.
Alasan untuk tahan Jho Low
Untuk siasat pembabitannya dalam 1MDB.

12 comments:

  1. suka hati ko madey nak ubah hukuman luar mahkamah.. inilah sifat hati perut busuk ko madey.. ko nak semua agensi dan sistem tunduk pada telunjuk ko madey.. memang layaklah ko digelar MAHAFIRAUN.. Mahathir Mohamed LAKNATULLAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap laknat tu kembali kpd ko..

      Delete
    2. Macai harami 3.31, pencetus kepada tumbangnya,tenggelamnya umno najib dan bn....

      Delete


    3. Sokong 331 pm

      Dan pulang kan balik 40 ekor kuda yang yang kamu mengaku terima sebagai hadiah....kalau kau sendiri melanggar undang2 yang kau sendiri buat, kau ingat rakyat nak hormat.

      Delete
  2. Tun M menang dan majority rakyat sokong dia. Ko . UMNO dan PAS tetap kalah kali ni ... sorry bro

    ReplyDelete
    Replies

    1. Betul le, sebab ko ada Raja Nujum.

      Delete
  3. Replies
    1. Korang perasan dak bila korang senaraikan negara hutang luar dengan menaikkan "list og country by external debt : Wiki", Malaysia mempunyai hutang luar sebanyak USD 203 B, dan semua yang di senarai mempunyai hutang luar dengan USA menduduki tangga teratas dengan hutang luar sebanyak 19000 B.

      Soalan nya jika semua negara berhutang .... Siapa sebenarnya yang memberi hutang ??

      Jawapannya mudah ... sebab setiap negara mempunyai external assets sendiri.

      Sekarang cuba korang search " list of country by external assets : Wiki" korang dapati satu senarai negara dengan external assets dalam EUR. External assets Malaysia adalah swbanyak EUR 450 B ( 1 EUR = 1.175 USD). So external assets Malaysia melebihi dari external debt sebanyak USD250 B, sebab itu Malaysia menduduki tangga terbaik dengan AAA.

      Data2 di atas adalah pada tahun 2016.

      Delete
  4. Kharkk thuss..

    ReplyDelete
  5. Anon.3:31 PM,...sebagai seorang yang dijamin sorga,anda bebas untuk memaki sesiapa saja.Di sorga nanti,memang dipenuhi dengan orang seperti kamu.

    ReplyDelete

  6. Dalam pada menghina Najib, tiba2 orang kuat dia, disiasat PDRM atas menghina DYMM Agong akta hasutan...

    Kehendak Allah ... Siapa berani lawan.
    Bapak segala Firaun pun kalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah...dah puas menghina TUN last2 oranh kuat umno gy sembah TUN.

      kehendak Allah nak tunjuk betapa munafiknya puak ni..

      hehehe mintak nyawa mintak nyawa kapal da karam...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com