pages

Friday, June 8, 2018

"Dia nak tahu macam mana cara nak uruskan Umno..." - Tun M


Teka-teki berhubung gambar pertemuan antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tular semalam terjawab.

Dr Mahathir menjelaskan bahawa Ahmad Zahid bertemunya untuk mendapatkan nasihat berhubung apa yang berlaku dalam Umno sehingga parti itu ditolak dalam PRU14 baru-baru ini.

"Dia nak tahu cara macam mana nak uruskan Umno. Jadi saya berterus terang bahawa Umno sudah mengkhianati orang Melayu. Saya ingatkan kepadanya, kita tubuh Umno untuk tolong orang Melayu tetapi kini Umno berubah dan mengutamakan kekayaan diri.

"Sebab itu Umno dibenci sekarang ini. Umno nak pulih susah. Dulu dipandang mulia sekarang dipandang jijik," katanya dalam sesi wawancara khas bersama Sinar Harian di Yayasan Kepimpinan Perdana, Khamis.

Ahmad Zahid sebelum itu memuat naik sekeping gambar bersama Dr Mahathir di Facebooknya.

Menerusi perkongsian itu, beliau memaklumkan bahawa pertemuan itu dibuat sempena bulan Ramadan.

Pertemuan itu merupakan pertemuan rasmi pertama antara Ahmad Zahid dan Dr Mahathir selepas BN mengalami kekalahan dalam PRU14 lalu.

Dr Mahathir ketika ditanya apakah nasihat yang diberikan kepada Ahmad Zahid berhubung pertemuan itu, beliau hanya berkata; "Saya kata dia fikir sajalah apa yang saya katakan".

Ditanya apakah Ahmad Zahid berjumpa dengan beliau untuk menyertai Pakatan Harapan, Dr Mahathir hanya ketawa.

"Kita tidak pandang sesiapa pun nak masuk Pakatan Harapan terutamanya Bersatu. Kalau orang itu orang politik, dia perlu putus hubungan dengan partinya, menjadi bebas dan ikrar sokong kerajaan," katanya.

Pada PRU14 lalu, BN memenangi 79 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi dipertandingkan.

8 comments:

  1. bukanke dia jumpa sebab nak minta maaf sebab dia nak pergi umrah ke, biasa lah orang melayu bermaaf maafan bila nak ke mekah, atau atuk ni pusing cerita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ataupon kau yg gebang lebih n pusong cita yg dia nak pi umrah..kalau nak pi umrah n nak mintak maaf pon kenapa pulak sampai nak upload gamba semua..senyap2 suda..

      Anyway kalau rekod pusing cita lebih memihak kpd ZH..igt masa sblm pru dia kecoh tunjuk ic TM yg kononnya nama TM bukan bin tapi AL (anak lelaki) yg disangkal TM..

      Cit tada baik la ini orang..suda kincin skrg dtg mau tangkap gambar semua..

      Delete


  2. When d LIGHT comes all n ALL d old's DARK Barbarick tricks dramas cronies conspiracies will totally n absolutely vanish to an end, its may take little bit more time, BUT surely gone! Period!!

    LIGHT will b yours, s u bcome more n more selfLESS selfLESS selfLESS n selfLESS about who u r n simply could abondone d old's DARK Barbaric ego temptation tht so obses to think how smart u r? how special u r? how RICH/billion/trillion dollars tht u hv to SECRETLY tryin to manipulate peoples mind n awareness to suit ur DARK's greed "secret" agenda 4 POWER, 4 more n more WEALTH in ur unending's darkest greediest barbarics illusion..

    Today's politics or d current politics of d NOW is about LIGHT LIGHT LIGHT n how strong d LIGHT shines n strongly SHINING in ur heart in ur soul n in ur DNAs, tht u dare to open open open n OPEN-UP even ur very own DARKEST secret scandals tht u try to hide ever since..

    When u totally open ur heart soul n trillions of ur DNAs too, to d LIGHT to d AbsoluteLIGHT hu hu..ur DARKEST's episod of life will melt burn n vanish INSTANTLY, n suddenly what's left in u is egoless-selfLESS.. is LUV, is INTEGRITY TRANSPARENCY Honesty sincerity to d highest order..n thts d AbsoluteLUV my friends!

    I believe all all n ALL Msian luv luv luv n LUV tht LIGHT, of course tht AbsoluteLIGHT ha ha.. except few GRAND-elit politicians n his cronies those stuck with d old's game barbaric theory hi hi.. who still like a foolish child tht "secretly" inviting n instigating peoples into d DARKNESS hu hu..

    So be in d LIGHT n all of us could b all n ALL in LUV s well..

    In d LIGHT we all selfLESS..s in LUV we all selfLESS too, so no n NO more fight greed for candies "(gula2)-WEALTH-nPOWER" like a 'child' normally do hu hu..

    Being selfLESS in d LIGHT n in LUV..we'll owez in peace hepi n harmony, gerenteed hi hi..

    ReplyDelete
  3. Sampai hati datuk seri.... kami belum pun kering air mata. Dah beralih percaya pd dia.

    ReplyDelete
  4. Pity zahid. He is really a fool. He deserves that direct and sarcastic comments

    ReplyDelete
  5. Agaknya bagaimana laa air muka Zahid bila dengar jawapan Tun tu....

    kalau saya.... malunyaaa....

    ReplyDelete
  6. Bodohnya wak zahid ni ..tolonglah pilih dia jadi presiden umno ..cepatlah melingkup ..

    ReplyDelete
  7. Ini makhluk perosak,mana dia ada maruah.Hati dah lama digelapkan,dan akan kekal begitu buat selama-lamanya.Bacalah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com