pages

Tuesday, June 5, 2018

(DAH MULA GERAKAN?) AMK seru Kosongkan kerusi untuk Anwar

BUKIT MERTAJAM - AMK Permatang Pauh menyeru mana-mana ahli Parlimen parti itu mengosongkan kerusi mereka bagi memberi laluan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat. 

Naib Ketuanya, Haidhar Auni Dzolkapli berkata, sudah pasti rakyat di negara ini tidak sabar melihat bekas timbalan perdana menteri itu kembali berkhidmat untuk rakyat berikutan pengaruh, pengalaman dan pengetahuannya yang luas dalam urus tadbir negara.

Malah menurutnya, negara memerlukan gandingan mantap antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar dalam pembentukan Malaysia baharu.

“Atas semangat Malaysia baharu, Anwar perlu segera masuk bertanding kerana rakyat tidak sabar untuk melihat beliau kembali ke Dewan Rakyat,” katanya.

Haidhar berkata, pihaknya juga bangga dengan kejayaan Anwar yang berjaya menjadi jambatan antara Putrajaya dan Istana Negara seterusnya merungkaikan konflik pelantikan Peguam Negara.

Katanya, walaupun Anwar bukan seorang ahli Parlimen, tetapi tidak dapat dinafikan beliau merupakan seorang rakyat Malaysia yang berpengaruh.

6 comments:

  1. Haah...lagi sekali.
    Berhenti la buat kemarahan orang.

    ReplyDelete
  2. Jgn terkejut kalau tindakan ini tak mendapat sokongan dari Wan Azizah dan Nurul Izzah sendiri.Ia nya lebih merupakan usaha dari juak juak Anuar sendiri

    ReplyDelete
  3. Ya Allah,rakyat Malaysia telah bersatu hati untuk mengubah nasib.Hancurkan lah usaha mereka yang berniat jahat untuk memecah belah kesatuan yang telah dibina.Elakkan lah kami daripada dipimpin oleh orang yang gila kuasa dan pentingkan diri.

    ReplyDelete
  4. Tindakan rakyat GE14 2.0 diperlukan.....andai dia bertanding, walau dikata akan menang bagai.....kasi undi terendah dan kasi jatuh for good! Kuasa di tangan rakyat!

    BN-UMNO-Najib-Zahid-Hisham-KJ tak gitu confident ke sebelum GE14? Invoke-Rafizi cakap apa? PAS ZERO, tapi apa jadi sekarang?

    ReplyDelete
  5. Dahlhh brpolitikk..buat kojo..mcm xde org lain la plk...nk buat plihnry lg?
    Anwar besara je dr politik dhh..bg org muda2 la..syed syadiq tu lntik tpm baru la ada class

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews