pages

Tuesday, June 5, 2018

[CIS! BARU NAK AKUI] KJ mengaku 1MDB punca Umno tumbang

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui parti keramat Melayu itu tumbang kerana kegagalan menteri terdahulu menegur Presidennya yang juga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang skandal 1MDB.

Khairy berkata, barisan kepimpinan tertinggi gagal menuntut penjelasan berhubung skandal  kewangan tersebut hingga mengakibatkan BN berdepan kekalahan teruk pada 9 Mei lalu.

“Kami terlepas satu peluang, kami semua untuk menyakinkan mengenai hakikat sebenar tentang situasi tersebut,” katanya kepada South China Morning Post.

Menurutnya, parti sepatutnya sudah bertindak terhadap Najib apabila beliau memecat menteri yang secara terbuka menentang bekas menteri kewangan itu berhubung skandal 1MDB pada 2015.

Pada 15 Mei lalu, Khairy dalam satu wawancara mengakui kesal kerana parti mengabaikan suara akar umbi yang mula dikesan menolak mereka selepas dua pemimpin kanan parti disingkirkan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Najib kini berhadapan siasatan dakwaan terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat milik kerajaan itu.
Beliau bagaimanapun menafikan sebarang dakwaan salah laku.

10 comments:

  1. Sesal dahulu pendapatan,sasal kemudian tiada gunanya.

    ReplyDelete
  2. Tu tanda penyesalan sebenar atau sekadar nak ambil hati akar umbi umno..?? yela skrg kan dah dekat nak PAU..

    So nak jawatan kena dapat kan kepercayaan dan undi dari akar umbi nanti..

    Susah nak percaya kata2 orang sebegini..

    Calon naib presiden umno kena banyak lg.. setakat ini, calon2 nya suma hampeh.. tak nampak ada wow factor yg boleh menarik sokongan rakyat kpd umno semula..!

    Calon timbalan presiden umno setakat ni ok.. mohamad hasan.. bekas mb 9, terbaik..!

    Calon ketua pemuda iaitu asyraf wajdi dusuki pun boleh dipertimbangkan! Mempunyai pendidikan yg bagus dan pengetahuan agama yg luas!

    Calon presiden umno iaitu zahid hamidi mmg TAK LAYAK!

    Calon timbalan ketua pemuda umno jg kena ada byk lg yg menawarkan diri utk bertanding..!! Baru dpt pilih yg terbaik!

    ReplyDelete
  3. Dah dia jugak yang dulu gy julang si ketua penyamun konon sekarang baru nak terngadah bila da kena ketuk dgn rakyat...betul2 nya mat kental buah ladong ar mamat ni.

    ReplyDelete
  4. x payah la nak ungkit lagi cerita punca kekalahan UNNO..baru la ni nak nyesal, baik x payah.dulu sampai dah berbuih mulut rakyat dok cerita psl 1emdb tu tapi hangpa sume buat bodoh, pekakkan telinga dan butakan mata.dok sayang sangat kat najiban..tun mahathir dah dok ulang berpuluh2 kali supaya najiban letak jawatan kalau betul sayangkan parti tapi hangpa juga yang berkeras, siap dok maki balik kat mahathir,macam2 hangpa kata kat mahathir.sampai terpaksa mahathir keluar unno dan buat parti sendiri semata-mata sebab sayangkan negara ni..la ni hangpa dah tumbang,baru nak menyesal.hangpa semua la perosak sebenar parti unno,kalau hangpa dulu lagi bertindak, tentu keadaan x jadi lagu ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com