pages

Sunday, June 3, 2018

(CG JUGA TK SETUJU KERANA..) Kenali Tommy Thomas yang dikatakan Calon AG ditolak AgongAgong


Sebuah portal berita melaporkan semalam bahawa kerajaan telah mencadangkan Encik Tommy Thomas, seorang peguam berpengalaman untuk menjadi Peguam Negara.

Jika laporan ini benar, maka kami tidak bersetuju dengan cadangan tersebut atas sebab-sebab berikut:-

1. Encik Tommy Thomas merupakan bekas peguam yang mewakili YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan dalam kes isu banglo yang disiasat oleh SPRM. Apabila pihak AGC memfailkan permohonan menghina mahkamah ke atas YB Lim, Tommy Thomas telah bertindak bagi pihaknya. Baca:-

https://www.malaymail.com/s/1231201/guan-eng-to-set-aside-committal-proceeding-initiated-by-ag

2. Kes perbicaraan YB Lim masih belum selesai dan masih berjalan. Pihak pembelaan telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa satu representasi untuk menggugurkan pertuduhan ke atas YB Lim akan dikemukakan kepada pihak AGC dalam masa terdekat. Baca:-

https://www.malaymail.com/s/1633123/guan-eng-to-apply-for-ag-to-drop-corruption-case

3. Jika Encik Tommy Thomas dilantik menjadi Peguam Negara, dan menerima permohonan representasi daripada YB Lim Guan Eng, ia akan terjumlah kepada ‘embarrassment’ dan konflik kepentingan kepada Encik Thomas kerana beliau perlu menimbangkan untuk menarik balik kes terhadap bekas anakguamnya di dalam kes yang mana beliau sendiri pernah terlibat menjadi peguam bertindak bagi pihak YB Lim.

4. Jika Encik Tommy Thomas menolak representasi tersebut dan meneruskan tindakan mendakwa YB Lim, ia juga akan menimbulkan konflik kerana beliau perlu mendakwa bekas anakguamnya sendiri. Either way, beliau akan berada dalam keadaan tidak selesa dan ini boleh mencemar dan mempengaruhi tindakannya sebagai seorang AG kelak.

5. Hubungan peguam-anakguam di antara Encik Tommy Thomas dan YB Lim juga tidak terbatas kepada kes banglo SPRM sahaja malah beliau juga merupakan peguam kepada kerajaan negeri Pulau Pinang apabila dilantik oleh YB Lim pada tahun 2013. Baca:-

https://limguaneng.com/index.php/2013/02/26/announcing-tommy-thomas-as-the-penang-state-governments-counsel-to-sue-the-election-commission-and-the-federal-government-encn/

6. Terlalu banyak konflik kepentingan akan wujud jika Encik Tommy Thomas dilantik menjadi AG. Kedudukan dan penglibatan Encik Tommy dalam kes-kes yang pernah diwakilinya sebelum ini khususnya kes banglo SPRM dan hubungannya dengan YB Lim sebagai anakguam beliau dikhuatiri akan menjejaskan dan meletakkan pejabat Peguam Negara dalam keadaan tidak menyenangkan dan boleh membawa persepsi negatif kepada masyarakat.

7. Kami tidak mempersoalkan tentang kelayakan dan pengalaman yang dimiliki oleh Encik Tommy Thomas namun peranan dan penglibatan Encik Tommy dan memandangkan situasi kes YB Lim yang masih belum selesai serta mengambil kira hubungkait kes ini dengan pejabat Peguam Negara, adalah lebih elok pelantikan Encik Tommy Thomas ditangguhkan sehingga isu ini diselesaikan dahulu.

sumber: Jumpa Kat Mahkamah

 kalau rajin tekan pautan dibawah;

[1] Sultan Tiada Kuasa

http://www.malaysia-today.net/2014/02/01/sultan-does-not-have-the-power-say-tommy-thomas/

[2] Malaysia bukan negara Islam

http://www.malaysianbar.org.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=2020

[3] Mempertikai keputusan Mahkamah dalam kes kalimah Allah

https://www.malaymail.com/s/549797/the-allah-decision-is-wrong-in-constitutional-law-tommy-thomas

[4] Tak guna tukar undang-undang selagi belum menang


http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/11/12/lawyer-useless-to-amend-bad-laws-now/

16 comments:

  1. Nampak sangat nak lantik AG ni semua nak cover politician.bukan nak jaga undang undang sangat pun. Sama jer pemerintah dulu dgn sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan puasa kot..husnozon..semua nak sangka buruk ja..tak setuju takpa..tp dgn membuat tuduhan dia dilantik utk melindungi ahli politik adalah satu fitnah..rugi lah kalau puasa tp biat fitnah..mcm mana islam nak maju dan dihormati kalau akhlak mcm ni?

      Delete
    2. Apa kaitan dengan bulan puasa statement tu?. Come on la..

      Delete
  2. CG,

    First time saya tak setuju dengan anda. U r making preemptive comments.

    I am a malay and a muslim like you. I do not harbour any suspicion on Thomas as AG.

    Come on, get the business run. Otherwise, kita tak akan berganjak dan mensia-siakan kemenangan PH. Now i feel regret going back voting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko faham ke maksud conflict of interest

      Delete
    2. ini bukan soal Melayu atau Islam, ini soal percanggahan kepentingan..ko tak baca ke Tommy Thomas tu siapa

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. Kau pergi cerita kau punya 'conflict of interest' tu pada Najib.Banyak interest yang Islam Najib tinggalkan.

      Delete
  3. padan muka penyokong PH janji atok u turn

    janji dicapati

    hidup atok u turn

    atok kau..!!!

    ReplyDelete
  4. Perompak diganti dgn perompak, mmg bangang la rakyat malaysia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bangang la komen...bru 20 hari PH rompak apa...bodoh tahap cipan

      Delete
  5. Buat sementara waktu, ambil sahaja calon muslim mengikut pilihan pkr, dap dan amanah, persembahkan kepada YDPA.

    Apa yg penting adalah untuk mendakwa najib,rosmah,zahid dan sekutu2nya termasuklah pemimpin PAS.

    Apabila semua dah disumbat kedalam jel, maka buat perlantikan baru mengikut kehendak parti pkr, dap dan amanah.

    Jangan lewatkan proses pendakwaan ini sehingga musuh (umno dan bn) mengumpul kekuatan mereka semula.

    Ayuh! Ini adalah HARAPAN rakyat!

    ReplyDelete
  6. Menteri kewangan depa dah rembat,La ni peguam negara pun nak rembat,Lepas ni nak rembat apa kita pun tak tahu lah.

    ReplyDelete
  7. Bagus jugak majlis raja-raja menolak nama tersebut.. ini selaras dgn janji PH dlm manifesto mereka..

    dimana pada janji ke-15 manifesto PH - di bawah tajuk Memisahkan Pejabat Pendakwa Raya Negara Daripada Pejabat Peguam Negara, HARAPAN menyatakan:

    Peguam negara akan dilantik daripada kalangan anggota parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan.

    Jawatan Pendakwa Raya pula akan dipegang oleh individu lain yang bebas dan bertindak tanpa mengira kepentingan politik kepartian.

    Beliau akan mengetuai Pejabat Pendakwa Raya Negara yang mempunyai autonomi dalam melaksanakan kuasa-kuasa pendakwaan, iaitu sama seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain yang demokrasinya lebih matang.


    P/s: Dan nampak lebih molek / lebih bagus jika jawatan peguam negara dan pendakwa raya dipegang oleh individu beragama islam..

    ReplyDelete
  8. Kekalkan AG orang kampung boleh selamatkan banyak orang turut mendapat dedak luarbiasa.Ini lah agama isle.

    ReplyDelete
  9. Kekalkan AG orang kampung boleh selamatkan banyak orang turut mendapat dedak luarbiasa.Ini lah agama isle.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com