innity

pages

Wednesday, June 13, 2018

BUANG 'UMNO', sokong Kerajaan Baru (Misai Tebal Ular Sawa)


Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia kini 'dijenamakan' semula dengan mengeluarkan perkataan Umno pada nama kelab berkenaan, selari dengan prinsip menyokong kerajaan semasa.
Menurut anggota jawatankuasa kelab berkenaan Tan Sri Ibrahim Shah Abu Shah, kelab itu kini dikenali dengan nama baru iaitu Kelab Pesara Kanan Kerajaan Malaysia.
"Semalam kelab ini mengadakan mesyuarat agung memutuskan perkataan Umno dibuang dan semua perkataan Umno dalam perlembagaan (kelab) dibuang dan menyokong kerajaan pada hari ini tanpa berbelah bahagi.
"Ia selari dengan prinsip memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada. Maksudnya, kelab ini menyokong kerajaan pada masa ini, Pakatan Harapan.
"Dulu BN dan kini kita beri sokongan pada kerajaan Tun Dr Mahathir (Mohamad). Full stop," katanya kepadaMalaysiakini.
Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pengesahan surat daripada kelab berkenaan kepada pesara kerajaan agar menyokong calon BN pada pilihan raya umum ke-14.
Ditanya mengenai kesahihan surat itu, Ibrahim tidak menafikannya dan memberitahu ia dibuat atas dasar memberi sokongan pada kerajaan ketika itu iaitu BN.
Semua kakitangan sokong kerajaan
Menjelaskan lagi mengenai perkara berkenaan, Ibrahim berkata mana-mana pekerja sama ada masih bekerja dalam sektor kerajaan atau tidak mengamalkan konsep menyokong kerajaan sedia ada.
Ia termasuk pihak tentera, polis dan pegawai tadbir diplomatik (PTD), katanya.
Justeru, Ibrahim berpendapat apa yang dilakukan kelab berkenaan adalah wajar.
"Kalau tidak, semua askar, semua polis, PTD akan kena marahlah sebab mereka dulu semua menyokong kerajaan sedia ada.
"Jadi bila kerajaan Tun Mahathir diwujudkan, semua pegawai kerajaan, polis, tentera, PTD ke akan menyokong kerajaan Tun Mahathir. Baru negara kita akan bergerak ke hadapan," katanya lagi.

Pada Mac lalu, Ibrahim yang juga seorang senator berkata Malaysia akan 'hancur' dalam tempoh dua tahun sekiranya Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ibrahim berkata beliau yakin perkara itu tidak mustahil berlaku jika dilihat kepada beberapa faktor, terutamanya manifesto pembangkang yang tidak menekankan visi negara tetapi lebih menjurus kepada soal peribadi.

8 comments:

  1. Lain Kali jgn caya cakap super Mario ni......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..bro..komen kau mmg win aaa..terkekeh kekeh aku sorg2 slm keta baca komen kau..

      Delete
  2. Kita buang mat misai ini...manusia x ada pendirian..lidah bercabang.

    ReplyDelete
  3. Mampos Keras iman kayak gini, Kalaulah Dajal Yang Datang, Demi Uang dan temelok , pasti berdoyan Penjuang Celop ikut Dajal.

    ReplyDelete
  4. ada rahmat yang tidak kita ketahui dgn kekalahan umno/bn pada pru lepas..seekor demi seekor musang yang selama ini berbulukan ayam mula menampakkan diri masing2..

    ReplyDelete
  5. Waah... takde tulang! Ataupun ada tulang tapi tulang sotong...

    Aiissshh.... tak mau lah saya masuk Kelab Lalang ni...

    ReplyDelete
  6. Ni muka hero Tamil jenis x tau malu ,Kenapa tak tukar nama umno kepada PH ?Tu pasal ramai yg duk gelar depa ni prof kangkung dan prof lalang

    ReplyDelete
  7. Menteri pasola nih..!!x
    Jangan percaya .... molek lagi ambik buluh runcing satu, tikam tapak kaki...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com