pages

Sunday, June 3, 2018

Benarkah Agong TOLAK nama AG baru Bukan Melayu, Tommy Thomas


Teka-teki siapakah yang layak memegang jawatan Peguam Negara masih belum terjawab dan terus menimbulkan persoalan banyak pihak.

Reaksi pihak istana dan keputusan Raja-Raja Melayu dilihat seperti ada ‘ketegangan’ dalam menentukan individu yang sesuai menjawat jawatan tersebut.

Jawatan yang dianggap ‘panas’ dalam kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan   
Memetik laporan portal The Malaysian Insight, surat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menulis kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memohon perkenan agar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas masih belum mendapat maklum balas dari pihak istana.

Menurut laporanan itu, ia sekali gus menimbulkan persoalan adanya ketegangan yang berlaku antara kerajaan dan pihak istana.

"Empat parti gabungan dalam Pakatan Harapan merasakan pelantikan tokoh yang dihormati dalam bidang perundangan itu akan menghantar isyarat jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan baharu ini serius hendak membetulkan institusi negara yang telah tercalar.

"Pelantikan itu juga diharap akan menjamin adanya seorang peguam yang cekap dalam perbicaraan yang boleh mengendalikan kes tumpuan termasuk pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Namun surat perdana menteri kepada pihak istana itu tidak ada tindakan selanjutnya, membawa kepada ketegangan antara kerajaan dan istana," lapor portal itu.

Malah, pihak istana meminta kerajaan menggugurkan nama Thomas yang juga bekas Presiden Majlis Peguam dan beberapa nama lain dikemukakan kepada Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim mahkamah rayuan.

"Difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin juga menulis di blognya menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan.

Menurutnya, jawatan utama itu mesti disandang orang Melayu.

“Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri,” katanya.

Pada 12 Mei lalu, Dr Mahathir berkata, buat masa ini Malaysia tiada peguam negara yang layak untuk berkhidmat bagi kerajaan Harapan.

Beliau mendakwa, peguam negara terdahulu terlibat menyembunyikan bukti salah laku dalam skandal 1MDB.

Mohamed Apandi mula dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 27 Julai 2015 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang menamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan

Beliau merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan pernah berkhidmat sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) di Terengganu dan Kelantan pada tahun 1977 hingga 1990.


7 comments:

  1. Hati hati dengan peguam ni.

    Dia pernah tulis yg perlembagaan kita yg selama ni digubal oleh suruhajaya Reid yg ahlinya tidak layak.
    Seolah-olah nak kata nanti perlembagaan kita tak sah dan perlu digubal semula...

    Nasib baik Agong tak setuju.
    Semoga Allah selamatkan Malaysia dan agama Islam di Malaysia serta org melayu tanpa mengabaikan kaum2 yg lain...

    ReplyDelete
  2. Rakyat bersama2 Agung Dan Raja2 Melayu, mari semua pertahankan Islam!

    ReplyDelete
  3. British mengambil Tanah Melayu dari org Melayu. Sepatutnya mereka mengembalikan nya semula kepada org Melayu.

    ReplyDelete
  4. Alaaa ..Tun M test market jer tuu ..itu adalah signal bahawasanya Agong adalah benteng terakhir dalam sistem kerajaan Malaysia ..tahniah Tun,,semoga semua rakyat hadam ..jangan dok dengar auta puak ameno hasut rakyat kononnya cina akan pegang Malaysia bila PH memerintah..signal itu juga adalah untuk pedoman kepimpinan yang akan datang selepas Tun M..

    ReplyDelete
  5. AG yg bakal dilantik mestilah seorg Islam yg dapat memperkukuhkan lagi kedudukan Islam di Malaysia. Rakyat masih menunggu pandangan PAN berkenaan isu ini?

    ReplyDelete
  6. Ramai yang netizen yg beri komen ttg isu pelantikan AG ni sebenarnya tak tahu langsung tugas sebenar seorang AG.

    Tugas AG tak ada kaitan langsung dengan "memperkukuhkan kedudukan Islam" atau "memartabatkan Bahasa Melayu" di Malaysia.

    Saya bagi contoh:

    Kita nak cari seorang pemandu lori. Syaratnya tentulah mesti ada lesen memandu lori yang sah. Paling baik kalau ada banyak tahun pengalaman. Tidak ambil dadah.

    Tapi ada orang bantah. Katanya, tak boleh! Seorang pemandu lori mestilah fasih bertutur bahasa Melayu. Kurang2 boleh buat karangan dalam bahasa Melayu! Boleh baca doa!

    (aiikkkk....?????) tak ker garu kepala kita dibuatnya?
    Lori tu nak angkut perabut... apa kaitan pemandu kena pandai cakap bahasa melayu?

    Boleh baca doa? Kalau pandai baca doa jerr tapi tak cekap memandu, patut ambik ke?

    Memanglah, secara idealnya kita nak pemandu yang boleh cakap Melayu dgn kita (senang nak sembang), boleh baca doa bawa kenderaan (supaya selamat lori kita), ada lesen dan semuanya di atas tapi soalnya... tugas utama dia cuma pandu lori. Takde kaitan dgn cakap bahasa melayu atau pandai baca doa.

    Let us be fair when discussing an issue.

    Saya juga believe that as much as Tommy Thomas may be well qualified to hold that position, there must be someone somewhere out there an equally if not more, well qualified Malay Muslim, in order to break this impasse... wallahu ak'lam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com