innity

pages

Saturday, June 9, 2018

Bahasa Melayu pula Jadi Sasaran Bangsa Liberal Lupa Asal Usul



BAHASA MELAYU PULA MENJADI SASARAN SETERUSNYA

Kolumnis liberal MalayMail, portal yang terkenal dengan berita-berita yang memburukkan agong dan Islam sekali lagi melalui penulisnya membawa satu lagi arus liberalisasi untuk mematikan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Bahasa Melayu adalah identiti negara yang mahu dirosakkan atas nama "Malaysian Malaysia"

Lihat apa yang disebutkan oleh kolumnis MalayMail ini :

"Saya Harap Gerakan “Martabatkan Bahasa Melayu” Mati" — Erna Mahyuni

Alasan yang disebutkannya :

“Bahasa Melayu kurang mendapat tempat sebagai bahasa perdagangan. Bahasa Indonesia mempunyai nilai yang lebih tinggi kerana pasaran Indonesia dilihat sebagai lebih dikehendaki, dengan potensi yang begitu banyak.”
Gerakan Pengundi Sedar

"I hope the “martabatkan Bahasa Melayu” movement is dead", kata penulis Malaymail. Alasannya, gerakan martabatkan BM memecahbelahkan masyarakat, tidak inklusif. 

Bahasa Melayu sebenarnya instrumen perpaduan. Bahasa yang dikongsi semua warga adalah aspek kritikal membina negara (Tarling 2004; Nair 2009). Tanpa 'shared language' ini, akan wujud komuniti yang berkongsi negara, tetapi berbeza aspirasi. Memartabat BM bukan gerakan rasis. Sebaliknya, rasisme membiak kalau dibunuh bahasa kebangsaan sebagai identiti kolektif. 

"Malaysia baru" asasnya adalah nilai progresif, tadbir urus baik serta maslahat rakyat. Kesemua ini boleh dicapai tanpa perlu diubah identiti teras.

5 comments:

  1. Kita asyik mahu menyalahkan pihak yang meminta minta yang bukan hak mereka pun, bukankah itu agenda mereme, apa yg nak dipelik.

    Apa agenda Melayu? Melompat katak sekadar marah..
    Kenapa kita tidak memperkuat atau minta kembalikan hak kita 100% mana yg sudah hilang dan kurang.

    Dan mintalah lagi tambahan²..

    ReplyDelete
  2. tahniah jadi Anjing Suruhan Top Dog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada aku keshhahh? Janji no more gst..no more billion dlm account peribadi..jgn jd topdog yahudi sudaaa..opss siapa tewwww?

      Delete
  3. Kata kata berdasarkan kepwntingan diri sendiri ni..tak layak jadi rakyat malaysia

    ReplyDelete
  4. Yang menyedihkan kolumnis ni melayu.Ini lah yg dipanggil spesies melayu tak sedar diri.Tidak ada bangsa lain yg buat kenyataan seumpama ini trrhater bangsa dan bahasa nya sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com