pages

Tuesday, June 12, 2018

Apakah nilai etika orang Jepun yang dimaksudkan Tun M?

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya dalam satu majlis bersama rakyat Malaysia di Jepun yakin Malaysia akan berjaya seperti negara matahari terbit itu sekiranya rakyat Malaysia memiliki etika pemikiran dan sistem nilai seperti orang Jepun.

Menurut Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Zoraida Mustafa, sejak dasar pandang ke timur diperkenalkan 37 tahun lalu, Malaysia sudah membangun dengan pesat secara fizikal, khususnya dalam bidang teknologi.

Namun, katanya apa yang masih kurang diberi perhatian adalah pembangunan kemanusiaan.

"Apabila kita bercakap mengenai Jepun, mereka sangat memberi penekanan terhadap pembangunan kemanusiaan.


"Ia tidak berlaku dalam sehari. Tetapi mereka sudah menerapkan dalam pendidikan sejak 200 tahun dahulu.

"Falsafah menteri pendidikan mereka adalah, Jepun tidak boleh menjadi negara maju sekiranya rakyat berada di minda kelas ketiga," katanya kepada Astro AWANI.

Katanya, nilai utama yang diamalkan Jepun dipanggil 'Omoiyari', iaitu konsep interaksi antara masyarakat yang memiliki nilai seperti bertimbang rasa, belas kasihan dan perasaan empati.

"Sebab itu kalau  kita tengok orang kata orang jepun menepati waktu, orang jepun pembersih, orang jepun sangat cermat buat kerja..

"Tetapi dari mana asalnya ketepatan waktu itu? dari mana asalnya kebersihan itu? Asalnya adalah dari satu perasaan untuk memudahkan orang lain," kata Dr Zoraida.

Tambahnya lagi, budaya ini sudah diterapkan dalam semua lapisan masyarakat, termasuk pemimpin dan peniaga di Jepun.

"Apa yang saya boleh kongsikan, Jepun bukan negara Islam, tetapi hal cuti membesarkan anak diberi dua tahun cuti dengan gaji berbayar.

"Kenapa? Mereka percaya dua tahun pertama anak itu adalah sangat penting untuk kesihatan anak. Mereka percaya ini adalah untuk pembangunan negara, kerana anak-anak ini akan membawa negaranya ke depan lagi, dan syarikat mengambil inisiatif ini," katanya.

Jelas Dr Zoraida, semuanya bermula dengan diri sendiri, dan apabila berbincang tentang pembangunan negara, apa yang perlu diutamakan mengenai sebarang keputusan adalah bagi kebaikan rakyat.

5 comments:

  1. Ki ki ki..jepun rakyat dia berdisiplin..kerja rajin.gaji pn berganda dr m'sia.. Org m'sia klu rajin...berdisiplin pun..akan jadi malas juga..sbb.taukeh2terutama melayu..kedekut..gaji naik ckit..pastu gaji mati dh sa dgn gaji minimun..tahun bila pnya tk tau tk di upgrade..jadi m mana nk jadi mcm jupun
    ..jepun tkder org mcm piji..penghasut pemfitnah..klu jepun ni rakyat separuh atau jadi kerajaan islam..mungkin diorg boleh buat hudud..mengalah kn m'sia...m'sia kpmfom tk boleh..sbb disiplin tkder..

    ReplyDelete
  2. kedekut mcm mamak mana nak maju.. dah maju kroni anakcucu rembat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik..bukan bugis ka yg rembat masuk skaun sendiri?

      Blom kira rembat masuk dlm berpuluh2 beg..

      Dah terang lg bersuluh..jgn spin kat org lain..

      Delete

  3. Satu daripada nilai orang Jepun adalah ke rokoq' kepada bosss

    Orang Islam hanya rokoq' kepada Allah sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ramai ja org islam yg tak ruku' kpd Allah pon..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com