pages

Saturday, June 2, 2018

Anwar Ibarat Cacing Kepanasan Kata Zam


KUALA LUMPUR – Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa pergerakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini amat mencurigakan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.
Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu turut menyifatkan Anwar sebagai seorang yang tidak sabar untuk mengantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
“Ketika negara memerlukan consolidasi dan kestabilan, pergerakan Anwar Ibrahim terutama dalam mengadap Raja-Raja menarik perhatian dan menimbulkan berbagai-bagai spekulasi.
“Beliau kelihatan seperti cacing kepanasan, seperti tidar sabar tunggu dua tahun lagi,” katanya melalui status yang dimuatnaik di laman Twitter pada Khamis.
Malah Zainuddin juga turut mendakwa Anwar masih dibelenggu dengan ‘mimpi’ silam sedangkan kesedaran rakyat terhadap politik negara telah jauh berubah.
“Ini tahun 2018 bukannya 1998 (dan) suasana politik dan kesedaran rakyat jauh berbeza.
“Betul tapi masih dalam mimpi silam,” tulisnya ringkas ketika membalas komen yang diberikan oleh kenalannya.
 Kenapa tidak cium tangan, kenapa hanya cium tangan Sultan Johor? 
Anwar pada Khamis telah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan sebagai kunjungan hormat selepas beliau dibebaskan pada 16 Mei lalu.
Selasa lalu pula, beliau menghadap Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Malah pada minggu sebelumnya, Anwar dan isteri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan telah menghadap Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.
Beliau turut menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Sebelum ini, Anwar menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, sebaik dibebaskan.
Sumber PKR sebelum ini mendedahkan Nurul Izzah Anwar bakal meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen bagi membolehkan Anwar bertanding di Permatang Pauh.
Kenyataan ini kemudiannya dinafikan oleh Nurul Izzah sambil mendakwa ia sebagai palsu dan tidak benar. - SuaraTV

22 comments:

  1. kenapa macai Atok ni laen sgt dengan DSAI nnpk kapal dah mula nak meletop lagi. Retak tunggu belah

    Jom beli pop korn boleh tengok wayangg!!!

    hidup atok u turn


    atok kau!!!

    ReplyDelete
  2. Penantian satu penyeksaan. Penyeksaan satu harapan. Tinggal satu lagi Tun M nak kena Tunis janji manis untuk beri laluan untung Anwar jadi PM. Takut ulang crisis 1999

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seorang sahaja yang boleh menghalang Anwar menjadi PM,.....dirinya sendiri.Jangan salahkan orang lain.Psikologi orang ini adalah 'zero'.Macam cempegha.

      Delete
  3. Penantian satu penyeksaan. Penyeksaan satu harapan. Tinggal satu lagi Tun M nak kena Tunis janji manis untuk beri laluan untung Anwar jadi PM. Takut ulang crisis 1999

    ReplyDelete
  4. Siapa kepanasan sebenarnya - DSAI atau pencuriganya? Nampaknya masih ada sejumlah hati yang busuk. Nasihat saya kepada ZAM, berubahlah. Buang perangai buruk tu. Tanggalkan DNA UMNO/BN yang dah lapuk itu. Boleh, ZAM?

    ReplyDelete
    Replies

    1. Wktu Nuar mentri Keewangan MOF utang negara menCIPUT kbwh 70 billion shj!
      Ulang sekali lg n ulangi2 lg utang wktu itu cume 70 billion shj!!!

      Slps hampir mampos Nuar dikerjakan mata LEBAM masuk kdlm..1998/99 Madey amik balik MOF tup2 utang mencanak2 mnjd lebih 200 billion woi!!

      Ha ha..ZAM ka Daim ka pah Pidah ka, lihat balik fakta 1999-2003 sapa jd PM dan jd MOF pd wktu itu? camner utang melonjak2 giler jd camtu huh?

      Nak kata org tu pandai ke BODOH ke tengok cara 'dia' buat utang udah ler!

      So Madey tu pandai ker BODOH?

      Cer tengok jiran Spura tu ada surplas/SAVING 700 billion dollar Sing, n klu convert to Ringgit dah jd more than 2 trillions Ringgit, sdangkan Spura tu hazanah hasil buminya LANGSUNG takde, negerinya pun ciput jer..sbaliknya negara kita nih kayo rayo, so mano poei duit eh?

      NOW the power of the LIGHT will show us the true MEANING and the truest defination of WHO are stupid in d old DARK's-Energy n who are damm realy2 very2 STUPID bro based on FACTs n FIGUREs, no n NO more klentong AUTA from ZAM Madey Daim n pah Pidah yer!!

      Ada owang kata, klu dah BODOH tu elok diam2 atau simpan jer BODOH tue jgn coba tunjuk kat owang lain, sbb CAHAYA dijiwa n diminda rkyat sgt KUAT n senang jer utk menyuloh kurap2 bangkai n korup yg GELAP!


      Delete
    2. Hang yang bodoh!Bukan Anwar penyebab kehebatan ekonomi negara masa itu,walaupun dia menteri kewangan.Negara mempunyai pakar2.Dia menyalah guna kuasa menukar dan meletak orang-orangnya dengan niat sabotaj Mahathir.Interest rate dia naikkan sehingga rakyat marah.Dengan harapan Mahathir akan ditolak.Ekonomi merudum.Namun bukan semua rakyat bodoh macam kau.Akhirnya dia jatuh.Mahathir pulihkan ekonomi.Perjuangan reformasinya selama 20 tahun tidak pernah menang.Walaupun disokong oleh PAS dan DAP.Kerana apa?Kerana Anwar bukanlah seorang pengurus yang baik.Kemahirannya adalah sebagai pemecah belah.Siapa yang pecah belah PAS?Kemenangan PH adalah kerana makna yang berbeza sama sekali daripada perjuangan reformasi 1998 yang tujuannya hanya untuk Anwar semata-mata.Perjuangan 9 Mei,2018 adalah perjuangan rakyat Malaysia.

      Delete
    3. Ada beberapa orang-orang shalih pun ada mengatakan Anwar hati tak bersih.

      Delete
  5. Simpanlah dendam kesumat Tuan Zam. Tak cukup lg ke sejak zaman krisis 1998. Tuan pun tak ada sumbangan pun pada PH. Kalau tuan turun kempen PH pun dulu habis org cabut lari tengok muka tuan. Pergerakan Anuar tentunya telah dimaklum kpd DrM untuk menjalin hubungan baik kerajaan DrM dengan istana. Kita tahu sebekum ini bubungan DrM dgn istana kurang baik. DrM nak turun sendiri tentu tak ada masa kerana terlalu byk perkara yang perlu diselesaikan. Senang cerita gi tanya DrM tak payahlah nak kata orang macam2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja-raja yang menerima dedak luarbiasa daripada Pahlawan Bugis sedang kepanasan,kerana penyiasatan jenayah kewangan akan mengesan ke mana wang itu dibelanjakan.Ini adalah SOP penyiasatan.Maka itu,Mahathir wajib dijatuhkan segera.

      Delete
  6. bagi saya tun dah kata 2 tahun jer,mungkin bg nuar buat gain politik move seawal ni untuk survey penerimaan rakyat dan raja2 untuk next level as a pm,test power jer.apa salahnya

    ReplyDelete
  7. Teori konspirasi untuk jatuhkan mahathir.....najib anwar sultans.

    Najib knew he wud lose. Sultans wud lost all benefits. Anwar ro be givwn pardon. Anwar to remove mahathir thru Umbo pkr pas mps. Hiatory to be rewwritten. Anwar will get into parliament. Becone pm. Nahib gets sone concessions. Sultan back in normal rewarding positions.

    Ya Allah....gagalkan usaha jahat ini. Lindungilah mhathir dari consoiracy jahat ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu cuma andaian kamu saja,, belum tentu berlaku............!!!

      Delete
  8. Makes sense. Johor kelantan selangor n pahang r anti mahathir. Perlis perak n9 n trengganu not clear of their stand but may b with mahathir

    ReplyDelete
  9. Anwar pm malaysians r sodomist friendly

    ReplyDelete
  10. Rakyat tak sabar untuk melihat suami dan isteri menjadi PM dan TPM. Apa salahnya, mereka mambayar harga yg sangat mahal untuk itu! Kepada Anwar ambillah sikap berhati2 dan buatlah sedikit risk analysis dlm segala tindakan takut2 nanti peristiwa lama berulang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang cacat akal sahaja yang nak tengok suami isteri memerintah negara.Serupa macam Najib dan Rosmah lah mangkok.

      Delete
  11. Kepada Zam janganlah timbulkan syak wasangka, biarlah Anwar exposekan diri kepada pemimpin2 antarabangsa sebab 1-2 tahun bukankah lama sangat, Networks dan perhubungan antarabangsa amat penting untuk nama2 besar. Nanti Anwar boleh letakkan Mahathir dlm council of elders. Jangan lah bergitu iri hati?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Expose as a convicted sodomist?

      Tak malu ke????

      Delete
  12. Kalau satu tahun, sekarang ni lebih kurang tinggal 11 bulan, sebenarnya tak lama mana? Kalau buat projek mega, hanya boleh siapkan feasibility sahaja. Elok juga tu, Mahathir put his plans, lepas tu Anwar implement, pastikan ada smooth handover proses. Tapi kena hati2 dengan perangkap dap, mereka hanya tunggu masa sahaja? Kepada Zam janganlah ada buruk sangka berpanjangan? Anda sudah tua, buanglah perangai buruk itu jauh2, ianya memecahbelahkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP kah yang melingkopkan ekonomi negara dengan mencuri wang negara?Kau juga ada masalah buruk sangka.Mengata dulang paku serpih,mengata orang aku yang lebih.

      Delete
  13. Situasi Anwar sentiasa kelihatan berada di samping isterinya, maka tertutuplah peluang untuk membuat fitnah dia meliwat, tetapi sayangnya fitnah serupa ini pula yang timbul. Jika dia tidak mendampingi isterinya, nanti dikatakan pula suami membiarkan isterinya menggatal. Nasiblah kau Anwar, asyik dijadikan bahan fitnah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews