pages

Sunday, June 10, 2018

[ANWAR DIIKTIRAF LIBERAL INTERNATIONAL] ‘Bukan Islam tiada hak bahas undang-undang Syariah’


Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 25 Ramadan 1439H, Ahad – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyelar kenyataan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa golongan bukan Islam berhak membahaskan dan campur tangan terhadap undang-undang Syariah.

Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik menegaskan, orang bukan Islam tiada hak untuk membahaskan hal-hal berkaitan undang-undang Syariah, yang jelas khusus kepada orang Islam sahaja.

Jelas beliau, hanya golongan ulama serta pakar perundangan muslim sahaja yang selayaknya membahaskan sebarang akta dan rang undang-undang (RUU) berkaitan Syariah.

“Memandangkan Islam adalah Rahmat bagi sekalian alam, yang sepatutnya diyakini oleh Anwar Ibrahim juga, beliau sepatutnya menjadi antara pihak yang paling awal menyokong RUU ini bukan sahaja untuk orang Islam tetapi untuk dilaksanakan ke atas bukan Islam.

“Bagaimana beliau boleh berpendirian sedemikian sedangkan pindaan RUU ini belum diluluskan, apatah lagi dilaksanakan oleh negeri-negeri sekiranya mereka setuju untuk diterima pakai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kenyataan Anwar itu hanya mengulangi tohmahan dan prasangka buruk terhadap keadilan syariat Islam.

Justeru, Muslim mengingatkan Anwar supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang boleh melukakan umat Islam, demi menjaga dan mengambil hati golongan bukan Islam.

Anwar Ibrahim menerusi wawancaranya bersama akhbar berbahasa Inggeris The Star berkata, orang bukan Islam mempunyai hak untuk membahaskan dan mempertimbangkan undang-undang yang dikenakan terhadap orang Islam, merujuk usul meminda bidang kuasa Mahkamah Syariah, RUU355.

“Sebarang perundangan, meskipun kelihatan hanya memberi kesan kepada orang Islam, tidak dapat tidak akan turut mempengaruhi orang bukan Islam, maka mereka ad hak untuk ikut serta,” kata Anwar.

Jelas Anwar, RUU355 yang dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukanlah hudud, namun beliau menyifatkan ia sebagai undang-undang terjemahan Presiden PAS itu sendiri.

Anwar turut menafikan bahawa pendirian Pakatan Harapan terhadap RUU355 bukanlah bermaksud gabungan berkenaan liberal dan menolak melaksanakan prinsip Islam.

Kami mewakili nurani Islam, namun kami tidak mewakili Islam konservatif model lama yang mahu memaksa orang lain menerima tafsiran tertentu,” kata Anwar.

Membidas penafian Anwar Ibrahim itu, Muslim berkata, kenyataan pemimpin utama Pakatan Harapan itu sangat tidak boleh diterima.

“Saya pelik beliau menafikan tindakan liberalnya. Namun tindakan beliau diiktiraf Liberal International,” katanya. - ISMAWEB


No comments:

Post a Comment

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com