pages

Monday, June 4, 2018

AG: Pandangan Peguam-Peguam Muslim


KENYATAAN AKHBAR
PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA
TARIKH: 4 JUN 2018

Kami merujuk kepada sebuah portal berita yang melaporkan semalam bahawa kerajaan telah mencadangkan beberapa nama di kalangan peguam berpengalaman serta beberapa nama bekas Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan untuk menjadi Peguam Negara serta beberapa laporan media di dalam laman sesawang yang menyatakan wujud cadangan daripada pihak kerajaan kepada DYMM YDPA berkenaan lantikan Peguam Negara yang baru.

Kenyataan PPMM ini hanya mengulas berkaitan kuasa DYMM YDPA  mengikut Perkara 145(5) Perlembagaan Persekutuan di dalam memelihara Agama Islam yang meliputi pentadbiran, undang-undang serta institusi Agama Islam di dalam negara ini.

PPMM di dalam kenyataan ini tidak berhasrat untuk menafikan kredibiliti, pengetahuan dan kemampuan pihak-pihak seperti yang telah dilaporkan di dalam berita dan juga laman sesawang portal-portal berita semasa.

Di samping itu adalah penting  Perkara 40 (1) dan (1A) dirujuk dan diamati dengan menyeluruh mengenai keperluan YDPA bertindak mengikut nasihat PM melainkan dalam beberapa perkara yang sepenuhnya di dalam budibicara YDPA. 

Oleh itu, perkataan "nasihat" bukanlah suatu ketetapan  mengikat  YDPA kerana ia lebih bersifat panduan dan bukannya "arahan" yang dinilai oleh YDPA mengikut hemat, kebijaksanaan dan hikmah Baginda.

Sehubungan dengan itu, PPMM berpandangan  YDPA semestinya mengambilkira kepentingan dan kemaslahatan Agama Islam di dalam negara ini kerana dengan lantikan Peguam Negara adalah hendaknya individu yang mampu memelihara Islam pada setiap masa dan keadaan. Tambahan pula, PPMM juga musykil  jika lantikan dibuat di kalangan pihak yang bukan di dalam “ahlinya” maka akan mengundang suatu percanggahan terhadap tujuan utama perlantikan oleh  YDPA.

PPMM juga berpandangan bahawa seorang Peguam Negara menurut Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah adalah juga merupakan seorang Ketua Pendakwaraya bagi sesebuah negara dan semestinya Peguam Negara yang bakal dilantik hendaklah mempunyai pengalaman sebagai Peguam Litigasi Jenayah yang kukuh dan kuat bagi menjaga kepentingan Negara Malaysia. Perkara yang sama juga telah ditegaskan oleh Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Dato Gopal Sri Ram.

Sehubungan dengan itu, PPMM mendesak agar kesemua pihak perlu menghormati kuasa YDPA. Berikanlah ruang untuk YDPA membuat keputusannya mengikut ‘at the pleasure of Yang Di Pertuan Agong’ menurut Perkara 145(5) yang mana Peguam Negara memegang jawatan dengan perkenan YDPA dan bukan hanya daripada nasihat Perdana Menteri.  Suatu 'perkenan atau pleasure' tidak boleh dipaksakan kepada Baginda.

PPMM percaya isu ini tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk mencabar dan merendahkan institusi raja berpelembagaan seperti yang telah dianuti oleh rakyat Malaysia sejak sekian lama demi memastikan institusi ini dihormati oleh rakyat Malaysia seperti termaktub di dalam Perkara Kedua di dalam Rukun Negara  - Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan  YDPA  menaiki takhta dengan bersumpah dengan nama Allah antara lain akan memelihara Islam pada setiap masa. Hal ini menjadikan YDPA mempunyai tanggungjawab berperlembagaan (constitutional obligation) untuk memelihara Islam pada setiap masa.  Oleh itu YDPA hendaklah melantik seorang yang dapat memelihara Islam pada setiap masa. Malah lantikan Peguam Negara oleh YDPA adalah dalam perkenan YDPA (at the pleasure of the YDPA), justeru itu tidak seorangpun boleh memaksa YDPA memberi perkenan sedemikian.

PPMM berdiri teguh di belakang YDPA dan Raja Raja Melayu di dalam melaksanakan obligasi berperlembagaan Baginda untuk melantik seorang Peguam Negara yang akan menasihati baginda di dalam pelbagai perkara termasuklah kedudukan Baginda dalam hal ehwal berkaitan dengan Agama Islam, tiada konflik kepentingan dan mempunyai jatidiri yang kukuh disamping ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Raja dan Negara.



Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
Kuala Lumpur.

26 comments:

  1. Saya melayu beragama islam. Sekarang saya faham mengapa orang islam dan kerajaan islam zaman ini gagal mempamirkan apa itu islam kerana keterbukaan untuk maju disempitkan.

    Kita lihat kerajaan islam di timur tengah juga serupa....sedih kerana pemahaman islam dsempitkan atas dasat bangsa dan agama......

    Moha mahathir jangan berganjak dari kedudukannya mahu thomas jadi AG...

    Allahuakbar

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  2. DAP dah jumpa anjing suruhan untuk skrew melayu. 13 kerusi berani nak sanggah majority kerusi DAP. ade mata tengok ade otak lu fikir la sendiri.

    Anjing suruhan DAp ni dah mula menyalak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok semula sejarah lantikan AG terdahulu bukan semuanya Islam dan Melayu!!!

      Delete
    2. Terbaik bro gua setuju.

      Delete
  3. Baru ini nak tunjuk islam. Bila kerajaan dulu lantik orang islam yang buat kerja bercanggah dengan islam tak bising pun.

    ReplyDelete
  4. Fail at Tuanku 3 x. Bukankah semua orang (termasuk Mdm Ambiga/YB Marina Chin/The Bar Cousel/Seluruh Kepimpinan PH/Tan Raid Yatim dan seluru dunia) tahu bahawa calun AG yang di"nasihatkan" oleh PM adalah PEGUAMBELA OKT LGE yg pada mulanya dinamakan sbg MOF sehingga beliau (OKT) tu membersihkan namanya sebelum dilantik/angkat sumpah sebagai MID tetapi telah terus dilantik sbg MOF walaupun bertaraf OKT?. Kata memegang prinsip ROLaw!

    ReplyDelete
  5. Fail at Tuanku 3 x. Bukankah semua orang (termasuk Mdm Ambiga/YB Marina Chin/The Bar Cousel/Seluruh Kepimpinan PH/Tan Raid Yatim dan seluru dunia) tahu bahawa calun AG yang di"nasihatkan" oleh PM adalah PEGUAMBELA OKT LGE yg pada mulanya dinamakan sbg MOF sehingga beliau (OKT) tu membersihkan namanya sebelum dilantik/angkat sumpah sebagai MID tetapi telah terus dilantik sbg MOF walaupun bertaraf OKT?. Kata memegang prinsip ROLaw!

    ReplyDelete
  6. Daulat Tuanku 3 x. Bukankah semua orang (termasuk Mdm Ambiga/YB Marina Chin/The Bar Cousel/Seluruh Kepimpinan PH/Tan Raid Yatim dan seluru dunia) tahu bahawa calun AG yang di"nasihatkan" oleh PM adalah PEGUAMBELA OKT LGE yg pada mulanya dinamakan sbg MOF sehingga beliau (OKT) tu membersihkan namanya sebelum dilantik/angkat sumpah sebagai MOF tetapi telah terus dilantik sbg MOF walaupun bertaraf OKT?. Kata memegang prinsip ROLaw!

    ReplyDelete
  7. Kami rakyat yg memilih kerajaan hari ini pula memohon diberi kebebasan untuk memilih AG yg baru setelah kerajaan sebelum ini iaitu umno bn, melacurkan AG bernama apandi ali untuk kegunaan nafsu serakah peribadi mereka masing2.

    Dimanakah suara persatuan peguam2 muslim disaat dan ketika rakyat memerlukan mereka apabila dianaiya dizalimi berulang kali oleh umno najib?

    Persatuan peguam muslim mahukan perkara berkaitan agama islam dipelihara sedangkan perbuatan mungkar dilakukan oleh umno najib dibiarkan begitu sahaja.

    Jika kepentingan dan kemaslahatan Agama Islam mahu dibela, maka kerajaan baru PH boleh sahaja di persoal dihukum seterusnya ditolak di parlimen, dimahkamah dan juga pada PRU.

    Adakah rakyat tidak boleh menghukum kerajaan baru ini? Adakah perbuatan zalim kerajaan baru boleh ditutup, diselubungkan? Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru? Kuman diseberang laut boleh nampak sepertimana umno najib lakukan?

    Bermuhasabah diri masing2 adalah jalan terbaik, hairanlah bertanyalah dengan diri masing2, apabila kaum bukan islam boleh melihat apa itu halal dan haram, kemungkaran
    dan perkara2 yg dilaknat oleh Allah.

    ReplyDelete
  8. Topdog@dogdog sudah jadi skrew DAP

    ReplyDelete
  9. Kaum jumud melihat kepentingan, hak agama islam sedang dikompromi, contoh seperti lgbt, comanggo, hak cipta huruf Allah dalam bible akan masuk meresap dalam masyarakat melayu islam.

    Mudah sahaja wahai kaum jumud, kumpulkan semua ini sebagai peluru, bedil dan muntahkan semasa PRU akan datang tetapi adalah diharapkan bukan peluru kapor....

    Kerana rakyat sudah boleh melihat menilai yg mana intan permata dan kaca, mana satu yg utamakan kebajikan hak rakyat dan pihak mana pula yg mendapat laba habuan bersubahat menutup perbuatan zalim dan mungkar umno najib ini.

    ReplyDelete
  10. “Apabila kita sebut mengenai tender terbuka, yang kita maksudkan ialah ianya terbuka dalam kalangan kontraktor Bumiputera sahaja, bukanlah secara terbuka (kepada kaum-kaum lain) seperti yang dianggap oleh pihak-pihak tertentu."

    -Lim Guan Eng.

    Disaat komponen parti PH amanah, pkr dan ppbm diam seribu bahasa sebelum PRU tempohari, Lim Guan Eng berulang kali menyatakan bantuan sara hidup menggantikan Brim akan tetap diteruskan!

    Adakah kaum jumud akal fikiran dan hati masing2 tidak nampak luar biasa pemikiran kaum DAP yg merupakan pro komunis? anti islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul komunis, dia akan anti semua agama..jgn ckp tanpa guna ilmu dan merasa diri lebih bijak dan menggelar org lain adalah jumud sedangkan pengetahuan dan pengalaman hanya baru setahun jagung dan mentah..

      Udah2 la membuat fitnah..tumpu amal ibadat utk 10 hari terakhir Ramadan ni..bole cover dosa besar fitnah tu..

      Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar

      Delete
    2. Bro...

      Yg dimaksudkan terbuka adalah utk tender yg dikhaskan utk kaum bumiputera..so yg dpt tender utk slot bumiputera ni adalah kontraktor yg terbaik..takda deal bawah meja..hasilnya kontraktor bumiputera ni dpt bersaing utk tender lain yg tidak dikhaskan utk bumiputera kerana keboleh saingan mereka..

      So kalau nak quote tu biar penoh..jgn amek out of context.

      ""Konsep ini kita telah laksanakan di Pulau Pinang, dan saya rasa hasilnya adalah lebih baik (berbanding tender tertutup), kerana kita dapat memastikan bahawa setiap kontrak diberikan secara kompetitif," katanya dalam program Bicara Khas terbitan RTM1 di sini, malam tadi.

      Lim berkata, semasa beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang lebih 90 peratus projek kerajaan negeri dimenangi oleh kontraktor Bumiputera, membuktikan bahawa mereka mempunyai daya saing yang baik.

      "Janganlah pandang rendah kemampuan kontraktor Bumiputera. Di Pulau Pinang, mereka telah membuktikan kesanggupan dan kebolehan mereka (untuk bersaing)," katanya."

      Delete
    3. Tuan 12.11,

      Saya adalah pengomen 7.43, 8.31 dan 8.43...

      Diharap fahami maksud kesuluruhan yg ingin disampaikan.

      Maaf jika tidak gunakan panggilan nama, perang saraf memerlukan pembaca memahami kandungannya.

      Delete
  11. Maslahat apa yang kamu semua maksudkan?????Munafik.Mana pergi Peguam Negara yang sangat pentingkan ISLAM itu,ketika rejim Najib merompak dan memudaratkan negara????Musuh Islam berada dalam masjid.Isle yang suka mengkafirkan orang yang bertahkta sekarang,bukannya Islam Addin yang syumul.PPMM juga bersubahat memudahkan rompakan yang dilakukan Najib,bila mereka menjadi pengecut untuk mengatakan yang benar.Bolehkah PPMM diharap untuk menegakkan kebenaran???Bukan Allah yang kamu sembah,tetapi manusia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews