SILA KLIK

pages

Monday, June 18, 2018

Abu Kassim dijangka ganti Ali Hamsa sebagai KSN


Selepas beberapa ketika dilantik menjadi ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), nama Tan Sri Abu Kassim Mohamed juga disebut untuk mengisi jawatan utama dalam sektor kerajaan.

Beliau dikatakan bakal menggantikan Tan Sri Dr Ali Hamsa selaku Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam masa terdekat ini.

Ali yang kini berusia 63 tahun akan bersara penghujung Ogos depan selepas perkhidmatannya yang disambung secara kontrak ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sekiranya cadangan ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, GIACC yang diketuai Abu Kassim berkemungkinan akan diletakkan secara terus di bawah KSN.

Keadaan ini akan membuatkan KSN lebih fokus kepada komitmen kerajaan untuk membasmi rasuah dari semua peringkat.
Buat masa ini, Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN); Institut Integriti Malaysia (IIM); Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah diletakkan di bawah GIACC.

Sumber itu berkata, bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkemungkinan akan dilantik sebagai KSN pada awal Julai ini.

”Pemilihan Abu Kassim dibuat sebagaimana kata-kata Dr Mahathir sebelum ini yang mahu kepakaran beliau membasmi rasuah.

”Beliau ada banyak pengalaman dalam SPRM. Beliau juga berpengalaman di peringkat antarabangsa dan berhubung dengan beberapa agensi anti rasuah lain, selain banyak memberi syarahan antirasuah,” katanya.

Tugas Abu Kassim di SPRM sepatutnya berakhir 4 Disember 2018, bagaimanapun, beliau mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk menamatkan perkhidmatannya lebih awal 1 Ogos 2016, selepas tiga kali memohon.

Kekosongan jawatan yang ditinggalkan Abu Kassim kemudiannya diisi oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad ketika negara dilanda kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan siasatan SRC International yang berkait rapat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan BN.

Turut terpalit kontroversi ketika itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull memilih untuk bersara wajib, manakala Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali pula dipinjamkan ke Jabatan Imigresen Malaysia.

Antara sebab Abu Kassim memilih untuk menamatkan perkhidmatan awal dengan SPRM adalah kerana beliau menerima tawaran daripada International Anti-Corruption Academy (IACA) sebagai pakar jemputan di Universiti Pencegahan Rasuah di Austria.

Sekembalinya dari Austria, Abu Kassim dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteriu yang kemudiannya ditempatkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sepanjang tempoh berkenaan, kepakaran Abu Kassim turut digunakan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dan beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa audit universiti.

Pentadbiran Mahathir kini dilihat sedang melakukan ‘pembersihan’ pegawai kanan kerajaan yang disambung kontrak selepas bersara.

Antaranya, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dipendekkan perkhidmatannya kepada 14 Jun.

Irwan Serigar diberi lantik kontrak mulai 7 Mac tahun lalu dan berakhir 6 Mac 2019.

6 comments:

  1. Punca kejatuhan najib sendiri, suami isteri tamak haloba.

    Yg lain² sampingan

    ReplyDelete
  2. Tahniah dan sesuai sangat dia ni dilantik sebagai KSN baru ganti Dr Ali lagi pun dia ni ada jugak "Dr...iaitu selepas dia letak Jawatan, berapa ramai Tan Sri Zulkifli "CEKUP" persuah yg tidak diambil peduli oleh Abu Kasim ni. Elok sangatlah dia ni dilantik sebagai KSN baru (Kaki Sorok Negara)

    ReplyDelete
  3. Tahniah dan sesuai sangat dia ni dilantik sebagai KSN baru ganti Dr Ali lagi pun dia ni ada jugak "Dr...iaitu selepas dia letak Jawatan, berapa ramai Tan Sri Zulkifli "CEKUP" persuah yg tidak diambil peduli oleh Abu Kasim ni. Elok sangatlah dia ni dilantik sebagai KSN baru (Kaki Sorok Negara)

    ReplyDelete
  4. Tahniah dan sesuai sangat dia ni dilantik sebagai KSN baru ganti Dr Ali lagi pun dia ni ada jugak "Dr...iaitu selepas dia letak Jawatan, berapa ramai Tan Sri Zulkifli "CEKUP" persuah yg tidak diambil peduli oleh Abu Kasim ni. Elok sangatlah dia ni dilantik sebagai KSN baru (Kaki Sorok Negara)

    ReplyDelete
  5. Could CG blogs about PBB sarawak is Umno malaya. SS sarawak is Ali Hamsa Federal. Senior civil servants STATE glcs are seniir civil servants in putrajaya.

    Sarawak pbb n civil servants think voterscare stupid. Always suruh orang look forward but they themselvesxnever want to look back abd cindeme those who had mada sarawak far lagging behind. Mahathir has said state leaders alwaya want to fill up their pockets and forget tge people inspute of billion budget allocated.

    In the case of petronas, state leaders n civil servants quick to condemn malaya BUT HAVE NO GUTS TO TELL OF REMAINING AND SURVIVING PAK UBAN. Late tun rahman tak apa dah tak ada. Cm joe needs soneone to shake him up from fantasy, fictions and falsilities

    ReplyDelete
  6. Can someone initiate a campaign to get MACC to investigate Taib Mahmud and State Secretary Morshidi Ghani?

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com