innity

pages

Monday, June 4, 2018

[5 GAMBAR] Haji Hadi berjumpa Perdana Menteri, Tun M


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pejabat beliau pagi tadi, pertemuan pertama dua veteran politik itu sejak sekian lama.
Turut bersama Hadi ialah bekas setiausahanya yang kini Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar.
Dalam komen ringkas di Twitter, Dr Mahathir berkata beliau berbesar hati menerima kedua-dua pemimpin PAS itu, dan memuatnaik 4 keping gambar menunjukkan beliau bersalaman dengan mereka.
“Saya berbesar hati menerima kunjungan YAB Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan Presiden PAS Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang serta Datuk Mustafa Ali di pejabat saya pagi ini,” kata beliau.
Sebelum ini menteri besar baru Terengganu berkata, beliau mahu menemui perdana menteri bagi membincangan antara lain isu royalti minyak berikutan kejayaan PAS menguasai negeri itu pada pilihan raya lepas.
Hubungan Dr Mahathir dan Hadi tegang di sebalik pelbagai tuduh menuduh antara kedua-dua mereka sebelum pilihan raya 9 Mei lalu.





8 comments:

  1. Alah tak kan tak tahu,datang nak mintak rioliti minyak 20% la tuh!!...kan menifesto PH ?...tapi Hadi lupa Tun kata rioliti tu akan diberi kalau PH menang di Terengganu tetapi kalau satu kerusi pun tak dapat nak bagi buat peee.....kita tunggu tengok macam mana Hadi akan kutok Tun pula lepas ni bila Tun tak penohi permintaan dia.....lobai oh lobai semutar busok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan buruk sangka terhadap PM Tun dan jangan lah kamu tokok tambah apa yang dijanji oleh Tun. Husnul zun terhadap semua manusia dan jangan kamu jadi macam Nabi Musa terhadap Nabi Khidir dalam surah Al Kahfi.

      Delete
    2. Alahai..apa yg resah sangat pun.biar je la dia orang nak ngopi ke apa ke. Kalau pasal royalti pun..dia orang datang mintak .. bukan bawak pistol dengan senapang patah pun letak kat kepala Tun M.

      Delete
  2. Dah la tuu..jgn jadi batu api plk..nk jd iblis ke..pilihry dh selesai maka eloklh berbaik2 sesama muslim..jgn nk brpolitik x hbs2..perangai syaitn jgn diikut..iblis mmg suka bepech belah nii..syaitannnnnnn...!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah....

    Semoga keberkatan Ramadhan mengiringi ukhuwah dua pemimpin ini... demi kesejahteraan umat Islam dan Melayu khususnya.... Aamiiin...

    ReplyDelete
  4. Mungkin ahli PAS sudah lupa bagaimana pemimpin2 PAS kelantan dan keluarga ATGNA mengunci dimanggakan pintu pagar kawasan perkuburan, selain memakir sebuah lori di hadapan pintu masuk kubur.

    Apa jenis manusia mereka ini apabila Tun hanya ingin menziarahi pusara ATGNA? Tidak terfikirkah mereka bagaimana pula dengan ahli keluarga arwah lain yg ingin datang melawat dan berziarah?

    Bolehkah Tun melakukan perkara sama terhadap hj hadi dengan enggan menemui beliau? Adakah Tun zalim? Adakah beliau seorang diktator?

    Ternyata jiwanya besar, demi rakyat waima berlainan fahaman beliau tetap menghulurkan khidmatnya.

    Hargailah jasa2 beliau, salah satunya adalah dengan menyokong hasrat Tun mahukan Tommy Thomas sebagai AG baru.

    ReplyDelete
  5. Ni yang aku marah kat admin, kenapa tidak dikaburkan imej Hadi tu? Loya tekak aku, entah lalu makan sahur ke tidak sebelum subuh nanti.

    ReplyDelete
  6. eh.. tak malu lobai kopiah merah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com