pages

Friday, May 11, 2018

Tun M luah penghargan kepada Rafidah, Daim, Rais Yatim

 

"Rafidah akan pastikan pandangannya didengari sama ada anda suka atau tidak," - kata Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang meluahkan penghargaannya terhadap Bekas Ketua Wanita UMNO itu, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan Bekas menteri UMNO Tan Sri Rais Yaim atas keberanian yang ditonjolkan dalam memberi sokongan kepada #PakatanHarapan#PRU14 #MalaysiaMemilih



Meskipun secara berseloroh menggelarkan dirinya sebagai seorang ‘diktator’, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dirinya sebagai seorang pendengar yang baik.

“Walaupun saya seorang ‘diktator’ tapi saya seorang pendengar yang baik. Saya mendengar pandangan orang lain.

“Antara pandangan yang saya perlu dengar adalah, Tan Sri Rafidah Aziz.

“Beliau akan pastikan pandangannya didengari sama ada anda suka atau tidak,” kata Tun Mahathir dengan nada bergurau ketika sesi soal jawab dalam satu sidang media semalam, yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya pada Khamis.

Dalam masa yang sama, Tun Mahathir turut meluahkan penghargaannya terhadap Bekas Ketua Wanita UMNO itu, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin  dan Bekas menteri UMNO Tan Sri Rais Yaim atas keberanian yang ditonjolkan dalam memberi sokongan kepada Pakatan Harapan.

No comments:

Post a Comment

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com