innity

pages

Friday, May 11, 2018

TRRKINI : 6 Adun BN sertai WARISAN tanpa syarat


KOTA KINABALU: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang 'menyeberang' dan menyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN) menjelaskan mereka berbuat demikian tanpa syarat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat, berkata beliau bersama lima ADUN BN lain menyokong pembentukan kerajaan campuran WARISAN bersama Pakatan Harapan (PH) bertujuan membentuk satu kerajaan stabil untuk kepentingan rakyat.
"Kita masuk sini tanpa syarat (tetapi) untuk membantu rakyat di kawasan kita... kita bukan tinggalkan rakyat tetapi bawa bersama untuk membentuk (kerajaan dan memudahkan) pembangunan," katanya di kediaman Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, hari ini.
Sementara itu, bagi ADUN Kemabong yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar, berkata beliau mewakili pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong merasakan sudah tiba masanya untuk bersama Mohd Shafie dalam pembentukan kerajaan negeri.
Beliau mendakwa turut menerima panggilan daripada pihak BN dan STAR namun mengambil pendirian untuk menyokong Mohd Shafie.
ADUN Kadamaian, Ewon Benedick berkata, beliau berada dalam BN semalam kerana berada di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini dan tidak tahu Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Madius Tangau mengumumkan keluar BN dan bersama WARISAN.
"Saya belum berkomunikasi dengan (pemangku) presiden. Jadi selepas berjumpa dengan Yang di-Pertua Negeri untuk menyatakan pendirian awal kita kerana telah menandatangani satu perakuan awal, namun pada ketika itu Majlis Tertinggi (UPKO) belum buat keputusan (sertai WARISAN).
"Pada sebelah petang, barulah keputusan Majlis Tertinggi dimaklumkan kepada saya dan sebagai ahli parti, saya berpegang kepada keputusan parti. Sebelum majlis angkat sumpah (Ketua Menteri) semalam, saya telah menemui Yang di-Pertua Negeri memaklumkan pendirian terkini saya," katanya.
Tiga lagi ADUN yang menyertai WARISAN ialah Datuk Abidin Madingkir (Paginatan), Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik) serta Datuk Osman Jamal (Balung).

1 comment:



  1. Saya mmerhatikan btp sgt2 SYIOKnya pnyokong2 PAS trhdp kemenangan mrk dKelantan n Terengganu.

    Saya menulis dgn harapan, tuan2 yg membaca tulisan saya ini boleh memanjangkan tulisan ini sehingga sampai ke telinga penyokong Pas.

    Mrk bersorak gembira, krn Kelantan n Terengganu tlh kembali ke tangan Pas, mereka juga bersorak brtakbir HISTIRIA dgn menyatakan Pas boleh mnjd Kingmaker di Perak.

    Mrk bertakbir sekuat2 ati trhdp kedudukan Dun di Kedah, dgn harapan BN akan ‘join’ mrk @ terwujudnya kerajaan campuran.

    Saya ada bayangan trhdp apa yang akan berlaku, berikut ini bayangan saya.

    KES 2.6B KE POKET NAJIB

    Seperti kata Tun M, “kami tidak ingin untuk membalas dendam, ttpi kami akan memartabatkan undang2”.

    Tun M Dan seluruh MP yang Menyokong PH, setelah mengangkat sumpah sebagai PM ke-7 di Malaysia, setelah mengisytiharkan barisan Kabinet Menteri, pertama2 sekali akan membuka siasatan trhdp 1MDB.

    Satu public inquiry akan dibentuk diketuai oleh kolenel bebas, akan diberikan mandat diRaja, akan menyiasat habis2an semua angka2 yang terseleweng dlm 1MDB.

    Semua angka2 ini akan dijejaki sehingga ke titisan akaun yg terakhir, sampailah ke akaun Najib bgmn 2.6 bilion boleh msuk ke akaun peribadinya.

    Dari akaun Najib,dijejaki duit rakyat berkenaan tentang siapa yg tlh menerimanya, trmsuklah pemimpin Pas yang dituduh menerima RM90 juta.

    Semua ini pasti akan diketuai oleh Sdr Rafizi Ramli, dan dlm Public Inquiry DiRaja ini semua yg terlibat akan dipanggil utk mendedahkan akaun dan transaksi masing2.

    Hasil daripada Public Inquiry DiRaja ini, akan dirumuskan dan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk dibuka kes di Mahkamah Persekutuan, atau secara terus kpd Mahkamah Persekutuan Malaysia.

    KES DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

    Sekiranya kes berada di Mahkamah Persekutuan, maka yang dituduh berkenaan akan didakwa.

    Semua duit 1MDB yang masuk ke akaun peribadi masing2, termasuk ke dlm akaun peribadi pemimpin Pas atau akaun Pas sendiri, akan diaudit pergi ke manakah duit rakyat ini.

    Jika duit rakyat ini dijejaki dan disahkan digunakan untuk kempen pilihan raya ke14, sama ada oleh BN, atau Pas, satu permohonan rasmi akan dibuat oleh Suruhanjaya Pendengaran Awam DiRaja untuk MEMBATALKAN kemenangan wakil2 Pas n BN, sama ada utk kerusi Dun mahupun Parlimen.

    JIKA ITU BERLAKU

    Akan berlakulah pilihan raya baharu trhdp semua kerusi2 Dun n Parlimen baik dimenangi Pas atau Umno. Kerajaan negeri Kelantan n Terengganu akan diisytiharkan tidak sah.

    Kali ini, penyokong Pas akan mengetahui bgmn rupanya hati ulama2 Pas, n BEJATnya sandiwara ulama2 Pas.

    Kali ini mrk akan menelan sesuatu yg terlalu pahit, semua ludah mrk trhdp Parti AMANAH Negara akan mnjd satu igauan ngeri. TerBOGEL habis semua yg selama ini disembunyikan oleh ulama2 Pas melalui hadis2 ayat al-Quran yg digunakan utk mmperbodohkan penyokong tegar mrk.

    JIKA BERLAKU PILIHAN RAYA SEMULA

    SPR akan diganti dengan kepimpinan baru, barangkali Datuk Ambiga akan diangkat mnjd pengerusi.

    Pada waktu tersebut, pilihan raya tidak lagi mnjd pilihanraya blackout, ttpi pilihan raya paling telus.

    Dahulu sebelum PRU ke-14, kita dimasukkan kdlmm neraka oleh pendokong2 PAS.

    Kali ini, mereka berdepan dengan “neraka” yg mrk cipta. Pemimpin Pas yang terlibat dlm mengambil 90 juta akan diadili sebaik2nya melalui lunas undang2 Msia.

    Kali ini Kelantan n Terengganu akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan, Kelantan kembali dikemudi oleh Nik Omar manakala Terengganu, well, nanti pilihlah antara mrk.

    Semua kerusi2 Pas n Umno yg dimenangi, akan bertukar kpd PH.

    Kali ini penyokong Pas akan mempelajari sesuatu yg sgt penting dlm siasah Islam, iaitu Islam diperjuangkan melalui Integrity/amanah, akhlak trlebih dulu.

    Itulah bayangan yg saya rasa akan trjd.

    Sbb itu Husam Musa tak mengomel berkenaan kekalahan mrk, sbb tahu, inilah yg akan berlaku kelak slps 6 bulan PH memerintah Persekutuan.

    Sesungguhnya inilah bayangan yg bakal trjd.

    Penyokong tegar Pas, berdoalah ini akan trjd, n anda akan lihat sendiri, akhlak ulama2 Pas yg anda puja2, melambong tinggi!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com