SILA KLIK

pages

Thursday, May 17, 2018

TERKINI! Polis sahkan geledah kediaman Najib

‪[TERKINI] Susulan kunjungan PDRM beberapa jam lalu ke atas Pavilion Residence Apartment kelihatan beberapa barang dipercayai bukti siasatan dilaporkan di bawa keluar dari bangunan tersebut. 


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini malam ini.

Beliau menjelaskan, proses penggeledahan itu dilakukan pasukan polis bagi 'mencari sesuatu' di kediaman Najib.

Bagaimanapun, Amar Singh enggan mendedahkan pencarian daripada aspek apa yang dilakukan polis.

"Saya boleh mengesahkan pasukan polis hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri untuk membuat pencarian," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, penggeledahan itu dilakukan untuk mencari beberapa dokumen dipercayai ada kaitan dengan 1Malaysia Deevelopment Berhad (1MDB).

Sejak pukul 9 malam tadi, kira-kira 50 petugas media tempatan dan luar negara berkampung di luar pekarangan kediaman Datuk Seri Najib.

3 comments:

  1. Masa Si najib tekan rakyat tak kira siang malam. Sekarang he deserved it, what goes around come around. Padan muka. Najib prepare sahur? Are u sure? His maids doing that if not his hippo wife. Btw wheres hippo nkw? Cant be seen anywhere lately?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petang semalam bekas pemimpin Parti Cinta Malaysia pergi lawat Najib di rumahnya. Bila wartawan tanya sama ada dia ada nampak Rosmah, dia tidak jawab dan mengubah perbualan ke tajuk lain.

      Di mana Rosmah ya? Dah lama betul tak nampak.

      Delete
  2. I'm curiⲟus to find out what blog system you
    happen to be working wіth? І'm experiencіng some minor
    sеcurity рroblems with my latest website ɑnd I'd like
    to find something more safe. Do you have any solutions?


    pop over to these guys : How To Lock Files Іn Less Than Three Minutes Using These Amazing Tools

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com