pages

Thursday, May 31, 2018

(TERDIAM DEDAK) Mulai 12.01 malam ni Tol dihapuskan di jajaran KL - Seremban Expressway dan Salak Expressway


Mulai 12.01 malam ini, tiada lagi bayaran tol di jajaran Kuala Lumpur - Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan, kata Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir. Ismail Md Salleh.

Menurut Ismail, dengan penamatan tempoh konsesi jajaran itu, bayaran tol di semua laluan keluar masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 1 hingga 50 peratus (atau di antara RM0.40 hingga RM1.70) bergantung pada jarak perjalanan dan kelas kenderaan.

"Penamatadn ini sekali gus akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari.

"Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LLM menasihatkan pengguna agar mendapatkan kadar kutipan tol yang baharu menerusi laman web di www.plus.com.my atau aplikasi PLUS Mobile App.

"Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan lancar ke destinasi," katanya lagi. - Astro Awani

16 comments:

  1. kenapa satu tol saja... janji nak hapus semua. janji dicapati lagi untuk u turn lagi

    hidup atok u turn

    atok kau!!!

    ReplyDelete
  2. Jangan la syok sendiri... semua janji PAKATAN tinggal harapan sebenarnya

    Kontrak konsesi dah tamat pada pukul 12 malam tadi 31 Mei 2018.

    Syarikat ANIH Bhd tidak pernah dilanjutkan oleh kerajaan BN di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi ataupun DS Najib Tun Razak.

    Itu sebabnya....bukan hapus toll






    ReplyDelete
    Replies
    1. nape tidak hapus? hapus la ni, ko ingat kalu kerajaan najib yg mentamkedarah duit tu tak boleh sambung kontrak konsesi untuk dia cekau duit? ni sebab kerajaan PH la tak buat penyambungan, kalu Naji aku percaya dia sambung

      Delete
  3. Haha apa kau igt pemansuhan tol ni ada kena ngena dgn janji pilihanraya ke kahkahkah... Udah memang perjanjian konsesi tamat 31 mei 2018 memang automatik habis le woi... Kesian melompat tak tentu pasal perasan itu kerja PH kahkahkah.... Adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nape tidak hapus? hapus la ni, ko ingat kalu kerajaan najib yg mentamkedarah duit tu tak boleh sambung kontrak konsesi untuk dia cekau duit? ni sebab kerajaan PH la tak buat penyambungan, kalu Naji aku percaya dia sambung

      Delete
  4. Bodoh la penyokong Bn ni, ko tak tau ke berapa byk konsesi tol yg disambung-sambung

    ReplyDelete
  5. PUBLISHED: Jun 11, 2015 01:01pm (ni masa Najib Perintah)

    Kecewa kutipan tol PLUS dilanjutkan sehingga 2038

    Keputusan Kerajaan Persekutuan membenarkan lanjutan kutipan tol selama 20 tahun lagi di Plaza Tol Batu 3 dan Sungai Rasau yang sepatutnya berakhir pada tahun 2018 tetapi dilanjutkan sehingga tahun 2038, amat cukup dikesali.

    Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/11/kecewa-kutipan-tol-plus-dilanjutkan-sehingga-2038/#ixzz5H82IYswv

    ReplyDelete
  6. Adoi.. ni sebab konsesi dia mmg dah tamat 31 mei 2018 berdasarkan perjanjian konsesi. Bukan ditamatkan oleh kerajaan walaupun konsesi dia ada lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KO NI TAK FAHAM PERANAN PEMERINTAH, KLU NAJIB PERINTAH DIA SUKA SAMBUNG KONSESI, NI PH PERINTAH DIA IKUT KONTRAK

      NI CONTOH Lanjutan kutipan tol Lebuhraya PLUS dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Johor Bahru yang mana melalui penstrukturan semula yang dinyatakan pada tahun 2011 kini dilanjutkan sehingga tahun 2038.

      Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/11/kecewa-kutipan-tol-plus-dilanjutkan-sehingga-2038/#ixzz5H8kr1eAC

      Delete
  7. dALAM JAWAPAN BERTULIS DI pARLIMEN, Kementerian Kerja Raya menjelaskan berdasarkan perjanjian konsesi asal, konsesi Lebuhraya PLUS (termasuk di Lebuhraya Persekutuan 2) sepatutnya akan tamat pada tahun 2018.

    Bagaimanapun kerajaan NAJIB BN UMNOI telah beberapa kali menstrukturkan semula kadar tol PLUS, iaitu pada tahun 1999, 2002 dan 2011.

    Makna apa, maknanya klu BN mesti sambung punya

    ReplyDelete
  8. Di bawah penstrukturan PLUS yang terkini iaitu pada tahun 2011, semua konsesi tol lebuh raya di bawah syarikat PLUS Malaysia Berhad telah diselaraskan di mana ia akan berakhir pada 31 Disember 2038.

    ReplyDelete
  9. Tol pantai timur jangan free mereka undi pas dan umno

    ReplyDelete
  10. Minyak beri potongan harga..rm1.80..jangan beri harga murah minyak kepada
    Negeri pahang terengganu kelantan perlis

    ReplyDelete
  11. Projek mega batal di negeri pahang kelantan terengganu perlis

    ReplyDelete
  12. Projek mega batal di negeri pahang kelantan terengganu perlis

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews