pages

Thursday, May 31, 2018

SUSPEK PEMBUNUHAN KEJAM DI JB DAH JADI TOK SAMI


SUSPEK PEMBUNUHAN KEJAM DI JB DAH JADI TOK SAMI
AKU rasa korang semua mesti ingat kes pembunuhan kejam seorang lelaki 44 tahun yang dikenali sebagai “Ah Chiu” yang ditikam dan digilis oleh sebuah kereta BMW bergerak di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Baharu tak lama dulu.
Rupanya salah seorang suspek utama dah lari ke Siam dan dah jadi tok sami!
Menurut Bernama, seorang pegawai polis penyiasat Thai yang terlibat dalam operasi memberkas lelaki itu memberitahu bahawa lelaki itu menyangka kehidupan yang baharu itu dapat menyelamatkan dirinya daripada buruan pihak berkuasa.

Dia salah kerana tatu besar wajah “Jesus Kristus” di lengan kanan membongkar identiti dirinya kepada polis Thai, sungguhpun pada mulanya pihak polis tidak yakin mereka telah menangkap orang yang betul.
“Pada mulanya kami merasa ragu kerana lelaki itu kelihatannya kurus berbanding foto diberikan oleh polis Malaysia, namun apabila terpandang tatu besar wajah Jesus Kristus pada lengan kanannya, kami tahu telah menangkap orang yang betul,” katanya.
Pegawai itu yang enggan mendedahkan namanya berkata, lelaki itu kehilangan berat badan kerana mentaati ajaran agamanya yang hanya membenarkan beliau makan sekali sehari.
Lelaki rakyat Malaysia itu ditangkap bersama isterinya di rumah dalam kawasan kuil di wilayah Chaiyaphum, timur laut Thailand pada 7 pagi semalam, yang mengakhiri buruan oleh polis Thai dan Malaysia sejak beberapa bulan.
Kantoi jugak ye!

Oleh:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com