pages

Friday, May 18, 2018

Senarai Kabinet


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baharu.
Pelantikan itu adalah mengikut "perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan."
Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang di-Pertuan Agong pada jam 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018.
Perdana Menteri
1. Tun Dr Mahathir Mohamad (Bersatu - Langkawi)
Timbalan Perdana Menteri
2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR - Pandan)
Menteri
BERSATU:
3. Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
4. Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun (Titiwangsa)
PKR:
6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan)
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak)
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)
DAP:
9. Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Bagan)
10. Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
11. Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Puchong)
12. Menteri Tenaga Manusia: Kulasegaran a/l V. Murugeson (Ipoh Barat)
AMANAH:
13. Menteri Pertahanan: Mohamad Sabu (Kota Raja)
14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub (Pulai)
15. Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)
Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 pukul 11.30 pagi di Istana Negara.

3 comments:

  1. Saya hairan.

    Kenapa PKR (Dr Wan Azizah) mengemukakan nama Azmin sebagai calon menteri kabinet?
    Takkan Wan Azizah tak tahu yang Azmin telahpun mengangkat sumpah sebagai MB Selangor?
    Apa motifnya?

    Atau ada 'orang lain' yang mahu buat Dr Mahathir dilihat incompetent/nyanyuk kerana memilih seorang MB sebagai menteri kabinet beliau?

    Kalau Azmin pilih untuk terima jawatan menteri persekutuan, tidakkah tindakannya akan menyusahkan Sultan Selangor yg akan terpaksa mengadakan majlis angkat sumpah seorang MB lagi sekali dalam masa kurang seminggu. Ini bukannya macam kes di Sabah. Ini ialah masalah rekaan sendiri.

    Kalau Azmin tolak, Tun terpaksa pilih orang lain pula, kemudian present namanya kepada Agong...etc..etc..

    Aduhhh.... kenapa buat Tun terpaksa buat kerja berulang-kali?

    Sejak menang PRU, parti PKR tak habis-habis menyusahkan Tun. Asyik mengkritik.. dari Anwar yang sentiasa 'mengeluarkan saranan' hinggalah ke pimpinan Pemudanya.

    Tun dah tua sangat dah.. takkan masih berdendam? Tun bukannya mampu nak pegang jawatan PM lama-lama.

    Kepada PKR, sabarlah kut yer pun.

    ReplyDelete
  2. Saya sebagai pemerhati sahaja senario politik negara. Apa yang saya dapat kritik di sini, Pakatan Harapan masih tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebenar sebagai sebuah parti kompenen besar selagi parti PKR tidak mementingkan diri sendiri termasuk ahli2, pemimpin sayap dan pemimpin tertinggi...sebab ini adalah contoh terbaik sebuah parti keluarga ( tiada integriti parti ). Sebab utama PKR hanyalah untuk pembebasan dan melantik Anwar memenuhi cita2 peribadi sebagai Perdana Menteri. Bukan mementingkan hak2 rakyat seluruh negara secara umum dan am.

    ReplyDelete
  3. Khas buat PH/PKR,

    Assalamaualaikum wrt...

    Selamat menyambut dan menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yg penuh berkat ini untuk semua.

    Kepada pemimpin-pemimpin PKR, tolong hormati pandangan dan permintaan rakyat secara majoriti dan total bukan hanya kepada ahli2 dan penyokong tegar DSAI serta PKR...

    Seboleh2nya jangan sama sekali ada ahli keluarga terdekat di dalam KABINET PERSEKUTUAN dan kontrol dari segi kata putus dlm pakatan harapan. Secara keseluruhan masih ada keterlibatan DSAI bersama WAN AZIZAH dlm Kerajaan. Tolong jangan musnahkan KEPERCAYAAN parti2 gabungan serta RAKYAT yang tidak berparti menyokong anda selama ini baik diluar atau melalui peti undi..

    Lontar jauh2 angan-angan sebelum ini hanya untuk tujuan memberi laluan DSAI diampunkan, dibebaskan hanya utk melayakkan tujuan peribadi...ingat RAKYAT biasa tidak peduli semua itu, kami hanya akan lihat apa kesudahan dan jangan sampai kebangkitan “ Tsunami Rakyat 2.0 “ di PRU15 nnti..masa sentiasa berdetik menuju ke arah PRU15 dlm masa 5 tahun...

    Berilah perhatian keluhan sebenar Rakyat Marhaen..

    Tidak perlu beri tekanan 1 - 2 tahun akan mengambil alih sebagai PERDANA MENTERI...ingat jawatan PM bukan untuk kemegahan dan kedudukan peribadi hanya semata2 kerana begitu ramai penaksub dan ahli2 politik yg bukan calang2 memberi sokongan. Kami rakyat biasa mampu menghukum jika ada ketidakpuasan hati kami demi kemakmuran negara secara total bukan demi kepentingan peribadi.

    Sekarang makin terlihat permainan politik PKR...yang akan jadi pak turut atau mangsa nanti AMANAH, PPBM ( Bersatu ), WARISAN & DAP...

    Tolonglah jangan buat silap mata lgi...

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com