pages

Sunday, May 13, 2018

Semalam Dilantik, Hari ini Majlis Penasihat Kerajaan SUDAH BERSIDANG


Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan menegaskan bahawa mereka serius dalam melaksanakan tugas dan tidak membuang masa apabila mengadakan mesyuarat pertama sejurus pengumuman penubuhannya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang berlanjutan sehingga lewat malam.
Ia turut dihadiri oleh tiga anggota lain iaitu bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, dan Ahli Ekonomi Profesor Jomo Kwame Sundaram. Tokoh perniagaan Robert Kuok tidak hadir kerana berada di luar negara.
Bercakap kepada Bernama selepas mesyuarat tersebut, Tun Daim berkata majlis itu diberi taklimat dan membincangkan antara lainnya mengenai keadaan ekonomi semasa, hutang negara, ringgit, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta subsidi minyak.

5 comments:

  1. Ini ahli ahli yang pandai buat kerja. Bila Mahathir order and Daim chair, mesti kena jalan. Idris Jala boleh jadi tukang rekod minit. Itu aje yang dia layak.

    ReplyDelete
  2. Terbaeeks..kerja pantas..this is Tun M style..

    ReplyDelete
  3. Waah.klu yg ni pegang komfom turun harga barang..pakar2 semua ni..terutama robert kuok..beri ja semua ap barangan kepada dia..mesti barang turun harga..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com