SILA KLIK

pages

Wednesday, May 16, 2018

Selepas SPRM, pemeriksaan rapi ke atas SKMM pula

Polis sedang menjalankan pemeriksaan rapi ke atas semua kenderaan yang keluar masuk dari ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Putrajaya.
Ini susulan arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memastikan tiada dokumen yang dibawa keluar daripada kementerian dan agensi berkenaan.
Malaysiakini menyaksikan beberapa anggota polis ditempatkan di pintu masuk bangunan SKMM yang memeriksa setiap kenderaan.
Bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, seorang kakitangan SKMM berkata langkah itu bertujuan menghalang mana-mana kakitangan yang mungkin cuba melupuskan dokumen berkaitan dengan pentadbiran terdahulu.
Kakitangan itu, walau bagaimanapun menafikan bangunan berkenaan diserbu kerana tidak ada anggota polis memasuki premis itu untuk mencari dokumen.
Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak adalah sekutu rapat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. - mk

4 comments:

  1. Polis sekarang baik pulak..selalu ckp polis anjing..patut.klu dh tk percaya polis..tukar semua polia tu..tukar yg mesra ph.

    ReplyDelete
  2. rakyat marah pada najib. itu dah pasti. tetapi semua angkara ni berpunca dari puak2 pemimpin umno atau spesis menteri yg kuat membodek najib. Salleh keruak, Nazri, shahrizat, Mat 3/4, rahman, zahid, hisham dan semuanya mangkuk hayun.Sayap pemuda, puteri, wanita hingga MT semuanya kayu pemakan dedak. Rosak umno kerana puak2 ni. Puaka sungguh..ptuii

    ReplyDelete
  3. Jgn lupa isa samad n pejabat tanah batu pahat johor.

    ReplyDelete
  4. Jgn lupa isa samad n pejabat tanah batu pahat johor.

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com