innity

pages

Sunday, May 13, 2018

Saya ketua menteri Sabah yang SAH, kata Shafie

Bagi Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal, beliau kini menjadi satu-satunya ketua menteri Sabah.
Selesai mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin malam ini, Shafie menyangkal Sabah kini berdepan situasi memiliki dua ketua menteri, walaupun Pengerusi BN Negeri Tan Sri Musa Aman bertegas beliau masih belum meletakkan jawatan sebagai ketua menteri.
"TYT (Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri) telah memintanya letak jawatan, selepas itu (jika) dia tak letak jawatan, TYT boleh panggil sesiapa yang boleh (memanggil sidang DUN).
"Berapa bilangan kerusi (yang dimiliki Musa) tidak lagi penting," kata Shafie pada sidang media di rumahnya selepas mengangkat sumpah sebagai ketua menteri.
Shafie juga menafikan keadaan ketika ini membayangkan krisis perlembagaan.
"Jika seorang itu boleh terima dia tiada majoriti, maka tiada krisis perlembagaan.
"Tafsiran undang-undang agak jelas. Anda perlu letak jawatan."
Beliau berkata Musa bebas untuk mengambil tindakan undang-undang jika mahu berbuat demikian.
"Kita tak boleh halang dia beliau ambil tindakan undang-undang, tetapi sudah ada duluan di Perak (apabila menteri besar kedua diputuskan sah)." katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com