innity

pages

Saturday, May 12, 2018

(SAH) Tiga Adun BN Johor umum ingin sertai PPBM

JOHOR BAHRU: Tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Barisan Nasional (BN) di Johor mengumumkan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) - parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) tidak lama lagi.

Ketiga-tiga mereka adalah Rosleli Jahari (Johor Lama), Alwiyah Talib (Endau) dan Rasman Ithnain (Sedili).  

Tindakan itu turut disertai kira-kira 40 anggota Umno lain di kawasan tersebut.  
Rasman dalam sidang media secara bersama berkata keputusan itu dibuat dengan kerelaan hari tanpa ada gesaan, paksaan mahupun ugutan daripada mana-mana pihak.

"Kami buat ini untuk tujuan, tidak lain tidak bukan iaitu demi untuk perpaduan orang Melayu dan rakyat.

"Kami selaku wakil rakyat kena mengikut rentak dan corak yang rakyat hendak dan ini salah satu daripada langkah yang terbaik demi perpaduan dan yang penting untuk rakyat," katanya di sini hari ini.  

Rasman berkata walaupun sesetengah pihak mungkin menganggap mereka mengkhianati pengundi, namun, pihaknya percaya pengundi-pengundi di kawasan terlibat akan memahami tindakan diambil.

"Insya-Allah pengundi akan faham kerana pengundi menyokong kami kerana pengundi hendakkan perkhidmatan kami untuk kelangsungan kami menjalankan kerja.Jika dalam waktu sekarang ini, macam (mana) kami hendak buat kerja? Apa yang saya boleh buat dengan rakyat? Hendak bantu rakyat macam mana?," soalnya.  

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor Datuk Osman Sapian berkata pihaknya menerima baik hasrat ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, PPBM akan membuat tapisan dahulu sebelum meluluskan penyertaan mereka.

"Hasrat murni, kita kena terima. Tentang tapisan, itu memanglah, bukan sahaja anggota datang daripada BN atau UMNO atau yang bukan wakil rakyat.

"...kalau hendak masuk jadi anggota, kita akan tengok adakah beliau betul-betul hendak bersama dengan kita taat setia, kerana (kita) tidak mahu siapa-siapa yang dalam parti ini menganggap PH sebagai parti seperti macam bila suka masuk, tidak suka keluar. Kita tak mahu," katanya.  

Pada PRU14 yang baru sahaja selesai, Rasman yang merupakan penyandang kerusi Sedili sejak 2008 telah menewaskan calon PKR Abdul Razak Isa.  Alwiyah dan Rosleli pula merupakan muka baharu yang ditampilkan BN dikawasan ditandingi. -Bernama

3 comments:

  1. Mane Ku Nan ni....tak ade pemecatan serta merta pulak. Agaknye Ku Nan pun dah kena pecat. Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Elok la. Bukan khianat, utk Memudahkan urusan. Bila berkhidmat utk rakyat, mereka kena ikut rentak rakyat la. Majority rakyat nak ph, walaupun pahit, kena ikut la. Memudahkan peruntukkan pusat disalur. Harap beri Yg terbaik utk rakyat... Insyaalah...

    ReplyDelete
  3. Sebaik-baiknya ADUN BN yang hendak menyertai PH itu, perlu mendapatkan persetujuan calon PH yang mereka telah tewaskan semasa PRU lepas. Jika tidak, kemungkinan akan timbul kemelut yang tidak dijangka yang boleh merosakkan hubungan dan jentera parti komponen PH. ADUN sebegini adalah golongan oportunis, tidak boleh dikompromi semudah itu. Jangan pandang mudah perkara ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com