SILA KLIK

pages

Wednesday, May 16, 2018

ROS luluskan Pendaftaran PAKATAN HARAPAN




Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) akhirnya meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai gabungan politik yang sah.

Terdahulu, gambar sijil pendaftaran seumpamanya tersebar di media sosial.

Memetik laporan Malaysiakini, Setiausaha Agung HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan dokumen berkenaan.

Sumber berasingan di Pejabat Perdana Menteri turut mengesahkan perkara itu.

Keputusan Pengarah ROS Suryatai Ibrahim meluluskan pendaftaran berkenaan adalah selepas seminggu HARAPAN menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Dalam PRU pada 9 Mei itu, komponen parti HARAPAN yang terdiri daripada PKR, DAP, BERSATU, dan AMANAH terpaksa bertanding menggunakan logo PKR kerana HARAPAN gagal didaftarkan.

Sebelum ini, Suryati enggan meluluskan pendaftaran HARAPAN atas alasan pendaftaran BERSATU masih menunggu kelulusan.

ROS juga mengenakan pembubaran sementara BERSATU kerana mendakwa parti itu gagal mengikut peraturan yang ditetapkan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak pembubaran sementara itu namun kes masih berjalan.

Surayati tidak dapat dihubungi untuk ulasan.

2 comments:

  1. Kelmarin kata PH tak lulus sebab PPBM bubar sementara. PPBM dah habis tempoh 30 hari bubar sementara tu ke? Puan Surayati kena ingat Tun kata kalau buat kerja tak betul dan memihak ke PH pun dia tak suka tau

    ReplyDelete
  2. Just sack her..ni contoh org yg takda integriti..tidak bersikap adil..

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com