SILA KLIK

pages

Sunday, May 6, 2018

(RIBUAN RAKYAT) Tun M, Nik Omar di Kelantan Hari ini


KOTA BHARU: Sering digambarkan sebagai 'Mr Nice Guy' kerana sentiasa tenang, hari ini calon Pakatan Harapan (PH) Nik Omar Nik Aziz mendedahkan sisinya yang sedikit berbeza.

Ketika sedang berucap, Nik Omar menyentuh tentang kecenderungan sesetengah pihak menggunakan agama untuk keuntungan politik.

"Hok kecek Islam ni hok demo, kato ore tubik Pas ni tak dapat rahmat, ini kan bumi Allah, kucing dengan cicak pun dapat rahmat.

"Kecek sedak tu, yakin ko masuk syurga?" bidas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.
Hadirin yang mendengar ucapan tersebut, menyahut kata-kata itu dengan teriakan, "Bekeng (garang) Ustaz hari ni!"

"Biaso, naik syeh skali skalo gak," jawab Nik Omar yang kemudian disambut tawa hadirin yang hadir di jelajah PH di sini, hari ini.

TONTON: [WAWANCARA EKSKLUSIF] bersama calon DUN Chempaka Nik Omar Nik Aziz

Nik Omar turut mengulangi permintaan supaya hadirin tidak mencium tangannya ketika bersalam.

"Tok soh la cium tangae ambo. Hok budok-budok skoloh cukuplah.

"Ambo bukae gapo, ambo ni berehi makae budu, payoh la kalu ore dok cium tangan ambo gak," usik Nik Omar.

Tegas anak bekas bekas Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu, beliau tidak mahu disanjungi umum keterlaluan kerana bimbang jatuh terduduk kelak.



5 comments:

  1. Biasa ajer...

    Anak derhaka....tak akan diberkati Allah

    Disebabkan politik , sanggup derhaka kepada ibu sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tau ke dia masuk syurga atau neraka?Macam la kau tu dah tentu masuk syurga...

      Delete
  2. Hi friends, its enormous post about cultureand fully defined,
    keep it up all the time.

    ReplyDelete
  3. https://youtu.be/djXro8uNd7E

    Tolong tonton lah video ni. Sedih betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg sedihnya.....aku tak rasa apa pun.Janji najib tumbang....

      Delete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com