pages

Wednesday, May 30, 2018

Pulihkan BTN, jangan mansuh - Pensyarah Kanan Dr. Lee Kuok Tiung



Oleh: Astro AWANI 

Cadangan pemansuhan Biro Tatanegara (BTN) wajar diteliti semula memandangkan agensi itu memainkan peranan penting pembentukan Bangsa Malaysia.

Pensyarah Kanan Program Komunikasi Universiti Malaysia Sabah, Dr Lee Kuok Tiung menyifatkan kewujudannya lebih tiga dekad membabitkan banyak modul dan pendekatan.

Katanya, kerajaan perlu teliti semula bahagian yang mungkin dirasakan tidak sesuai kerana BTN sendiri ada banyak aset serta bakat yang perlu diuruskan.


"Objektif BTN ialah untuk tanam nilai-nilai patriotisme dalam masyarakat.

"Mungkin intipati modul itu tersasar malah di peringkat pelaksanaan juga mungkin ada kelemahan.

"Adalah lebih wajar untuk kerajaan meneliti semula kaedah dan modul yang tepat sesuai dengan objektif kewujudannya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.

Tegas beliau, kerajaan juga perlu beri perhatian tentang kebajikan penjawat awam yang turut sama keluar mengundi dan antara penyumbang kepada pembentukan Malaysia Baharu hari ini.

Malah beliau menyifatkan tindakan tergesa-gesa untuk memansuhkan BTN mampu meranapkan usaha yang telah digerakkan sejak 1970-an sebagai langkah penting mewujudkan Bangsa Malaysia.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mencadangkan supaya BTN ditutup kerana berpendapat ia 'sangat memihak dan bersifat toksik terhadap perpaduan sejati negara' dan masih beroperasi dalam 'kerangka Perang Dingin' sedangkan dunia sudah berubah.

Cadangan itu turut disokong Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilaporkan berkata biro itu dilihat sudah lari daripada landasan sebenar penubuhannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com