pages

Thursday, May 31, 2018

Pulau Pinang potong gaji Exco, salur kepada Tabung Harapan Malaysia

KON YEOW: Nilai yang dipotong itu akan disalur terus ke dalam Tabung Harapan Malaysia yang diperkenalkan di peringkat Kerajaan Pusat
GEORGETOWN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri Pulau Pinang bersetuju supaya gaji Ketua Menteri dan kesemua 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dipotong sebanyak sebanyak 10 peratus berkuat kuasa Jun ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow yang memaklumkan keputusan sebulat suara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco pada Rabu.

Menurut Kon Yeow, nilai yang dipotong itu akan disalur terus ke dalam Tabung Harapan Malaysia yang diperkenalkan di peringkat Kerajaan Pusat.

"Gaji pokok Ketua Menteri akan dipotong sebanyak RM1,417.51 sebulan manakala gaji 10 orang ahli Exco akan dipotong RM1,210.92 seorang. Ini menjadi jumlah sumbangan keseluruhan kepada Tabung Harapan Malaysia sebanyak RM13,526.80 sebulan.

"Keputusan sebulat suara ini adalah selari dengan ketetapan yang dibuat Kerajaan Persekutuan seperti yang diumum Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa gaji pokok jemaah menteri akan dipotong 10 peratus serta-merta," katanya dalam sidang media di Georgetown pada Khamis.

Beliau turut memaklumkan bahawa pemotongan akan terus dilakukan sehingga pihaknya mendapat arahan baharu untuk menghentikannya.

Jelas beliau, pihaknya prihatin dengan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan hari ini dan ingin sama-sama membantu meringankan beban tersebut.

Semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengumumkan akan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima dana daripada rakyat yang ingin membantu kedudukan kewangan kerajaan.

BACA: 'Tabung Harapan Malaysia' untuk rakyat bantu pulih kewangan negara - PM

Menurut Dr Mahathir, inisiatif itu adalah susulan inisiatif patriotik rakyat yang ingin membantu menyelesaikan hutang negara. - Astro Awani

4 comments:

  1. Pak lebai kat ganu n kelate lagu mano pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia org mana pedulik masaalah negara. Dengar hutang trillion Dah blur, tak Tau nak buat ape, nasib tak menang , kalau menang dia org lari gamaknya... Tak pun habis balak Dia sapu. Yg Dia sebok royalty Minyak... Duit duit duit. Itu aje dlm kepala otak dia org... Sama la Macai 2 Yg Ditinggalkan lepas kalah.. Menolong tidak, Yg Dia Tau Janji Janji Janji. Janji lama Yg tinggal papan kenyataan project tu Taknak plak Dia tuntut. .. Lupakan la nak mintak Dia org bagi duit.yg Dia nak brim... Tu laju la. Suruh jilat bola pun bleh, Janji masuk. So sad.. Berhambus la pegi singapork.. Kikiki. Pinjam Ayat Wak simen.. Idup lagi ke Macai murahan tu. Ni peruntukkan pun Dah takde. Aku Suruh dia Cari keje tak nak. La ni, menyesal pun tak guna. Pegi la Cari bundle utk raya...

      Delete
  2. Kalau scrap projek terowong boleh lagi save sikit, bayangkan feasibility study/ front end engineering study sahaja costing lebih RM300 juta. Betul ke? Cost dia front end loaded pulak tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi,maksud anda...dasar rejim kleptokrat Najib adalah terbaik untuk ekonomi negara?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com