SILA KLIK

pages

Saturday, May 12, 2018

PM: "Ya, saya sekat Najib ke luar negara...kerana..."

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan sekatan ke luar negara terhadap bekas perdana menteri dibuat atas arahannya.

Dr Mahathir berkata tindakan itu dibuat selepas mengambil kira aduan-aduan yang mempunyai kaitan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ya saya sekat Najib ke luar negara.

"Banyak aduan mengenai dirinya jadi kita perlu bertindak pantas, kita tak mahu berdepan urusan ekstradisi dari mana-mana negara," katanya pada sidang media petang Sabtu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang namanya disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada ke luar negara, pagi ini.

Susulan tindakan itu, Najib mengakui terpaksa akur dan akan bersama keluarganya di dalam negara.

Ditanya adakah sekatan itu mempunyai keaitan dengan kes 1MDB Dr Mahathir menjawab: "Banyak aduan, semuanya perlukan siasatan, kita lihat dan menilai aduan-aduan itu dan ia berasas, jadi kita sekat dia," katanya.

7 comments:

  1. Inilah tindakan yang bijak dan tindakan ini penting dalam membina sebuah negara berwajah baharu.

    ReplyDelete
  2. zaman najib..Tun M bebas keluar masuk Malaysia....maksum ka dia????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbeza bro..

      Mahathir kata nak siasat, siasat lar dia..

      Mahathir kata nak dakwa, dakwa lar dia..

      Najib kata apa..???

      Letak jawatan pun selepas dah tewas dlm pru..

      berbeza sangat bro..

      So, next time bijak sikit bila bagi pendapat yer..

      Delete
    2. Apa kes? Dan ada kes ke? Ada kes kenapa x di dakwa???

      Delete
    3. Memang ada kes, habis tu kenapa???

      Lepas Apandi kena buang, peguam negara yang baru ambil-alih, dakwa Najib. Kau ada masalah ke???

      Atau kau ni sekolah tak tinggi, tak reti proses undang-undang???

      Delete
  3. Zaman najib TUN ada buat duit negara hilang ke??yang segala kemudahan TUN sebagai bekas PM ditarik balik oleh najib tak nak sebut ke sedara?

    ReplyDelete
  4. Aik,anon 5:11, ada lagi spesis mcm ko ni bersuara rupanya ek? Ingat dah pupus sepenuhnya spesis2 penjilat Jibby...hehehe

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com