innity

pages

Saturday, May 12, 2018

PM: "buat masa ini TIADA PEGUAM NEGARA berkhidmat untuk kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN)"


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata buat masa ini tiada peguam negara berkhidmat untuk kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).


"Buat masa ini kita tak ada peguam negara," kata perdana menteri menjawab soalan wartawan yang memenuhi sidang media beliau di Petaling Jaya petang ini.
Kata Dr Mahathir, kerajaan mengenakan sekatan tertentu ke atas sejumlah pegawai kerajaan.
Menurutnya langkah itu dilakukan selepas kerajaan berpendapat individu berkenaan terbabit dalam salah laku, atau membuat keputusan yang tidak betul.
Beliau sebelum itu ditanya mengenai nasib Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang dilantik Datuk Seri Najib Razak mengisi jawatan peguam negara sejak Julai 2015.
Apandi, 68, yang sebelum ini aktif dalam Umno dan pernah berkhidmat sebagai hakim dilantik menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail, 62, ketika siasatan mengenai skandal 1MDB giat dijalankan.
Kerajaan memberitahu Abdul Gani meletak jawatan atas faktor kesihatan.
Mengenai skandal 1MDB, Apandi mengesahkan Najib tidak terbabit dalam sebarang salah laku dan tiada tindakan undang-undang akan diambil.
Ia berbeza dengan pendirian HARAPAN yang mendesak siasatan menyeluruh dilakukan ke atas Najib - ketika itu menjadi perdana menteri - serta 1MDB.
Sementara itu Apandi yang dihubungi Malaysiakini bagi mengulas mengenai statusnya, enggan memberi sebarang komen.
No comment, thank you,” katanya ringkas.
Untuk rekod Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan menyatakan penamatan khidmat seseorang peguam negara sebagai: "... tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan."
Semalam Dr Mahathir mendakwa Apandi terlibat menyembunyikan bukti salah laku dalam skandal 1MDB.
“Dia, malah, menyembunyikan bukti salah laku dan ini salah di sisi undang-undang,” kata perdana menteri.
Mengulas kenyataan itu kemudian, Apandi menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Saya tidak buat apa-apa salah. Bagaimanapun, buat masa ini saya tunggu dan lihat dulu.
“Apa yang paling penting, kedaulatan undang-undang akan ditegakkan dan apa pun tindakan oleh seseorang harus berdasarkan undang-undang, terutamanya undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada Malaysiakini.

3 comments:

  1. Semua org salaj..tkder yg betul zan tun pm ke 5..ingat dh bertobat..zaman pm ke 7..buat balik cari salah org..sayang isa dh hapus
    .klu tak meringkok tampa pembelaan.

    ReplyDelete
  2. Bukan nya nk percepat kan proses subsidi minyak.apa pnya pm

    ReplyDelete
  3. Yang berkuasa melantik Peguam Negara adalah YDP Agung, maka dia jugalah yang memiliki kuasa untuk memecat. Peranan hakiki tugas hakim adalah mendengar perbicaraan dan membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedangkan peranan Peguam Negara pula hanyalah meneliti dan menentukan sama ada sesuatu kes boleh dibicarakan atau tidak di mahkamah. Tiada keperluan untuk menubuhkan tribunal untuk memecat Peguam Negara jika YDP Agung sendiri yang memecatnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com