Beliau berkata penubuhan tabung itu adalah bagi memastikan derma rakyat Malaysia yang patriotik akan sampai kepada Kementerian Kewangan.
"Terdapat ramai rakyat Malaysia apabila tahu kedudukan kewangan negara yang buruk, mereka sanggup memberi derma kepada kerajaan.
"Kita mengalu-alukan sikap patriotik mereka dan mengucapkan terima kasih," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Perdana Putra di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata nombor akaun sumbangan itu akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.
Pengumuman mengenai hutang negara yang berjumlah RM1 trilion telah mendapat perhatian rakyat Malaysia baru-baru ini dengan ramai antara mereka menyatakan kesediaan untuk menderma kepada kerajaan bagi mengurangkan hutang tersebut di media sosial. - Bernama