SILA KLIK

pages

Sunday, May 27, 2018

Nik Nazmi : "I believe Biro Tatanegara should be closed down"


Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berpandangan bahawa sudah sampai masanya untuk Biro Tatanegara (BTN) dimansuhkan.

Menurut Ketua Pemuda Harapan itu, matlamat dan etika BTN yang masih dalam kerangka Perang Dingin dilihat bersifat berat sebelah dan boleh merosakkan perpaduan antara rakyat Malaysia.

“Terdapat pelbagai cara yang lebih baik dan efektif untuk memupuk nilai patriotisme, termasuk dalam kalangan golongan muda.

“Kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum baru-baru ini telah pun menunjukkan bahawa pelbagai usaha telah diambil untuk menjadikan anak muda Malaysia mempunyai harapan dan bersikap lebih optimis mengenai masa depan, serta bersemangat untuk berkhidmat untuk negara yang jauh lebih berkesan daripada apa yang dilakukan oleh BTN.

“Buat penjawat awam yang ingin terus berkhidmat di bawah agensi tersebut demi Malaysia Baharu yang demokratik, berbilang kaum dan majmuk, mereka boleh ditempatkan semula ke perbadanan kerajaan yang lain mengikut peraturan biasa perkhidmatan awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.

Nik Nazmi dalam kenyataannya turut mengimbau kembali penyertaan beliau dalam kem tersebut sebagai peserta beberapa tahun lalu.

Berdasarkan pengalaman itu, beliau merasakan bahawa keseluruhan agenda yang terdapat dalam BTN bersifat perkauman dan politik.

“Pada pandangan saya, tujuan kem itu seolah-olah untuk menghasut orang Melayu untuk menentang rakyat Malaysia yang berbangsa dan beragama lain, menyerang parti pembangkang dan mengagung-agungkan parti yang memerintah pada masa itu.

“Terlampau banyak laporan mengenai penggunaan retorik itu dalam acar BTN untuk perkara tersebut dilihat sebagai insiden terpencil,” tambahnya.



ABOLISH BTN

oleh: Nik Nazmi

As the new Pakatan Harapan administration pursues an agenda for reform and streamlines government, I believe Biro Tatanegara should be closed down.

As I mentioned a few years back, I attended one of the BTN’s camps as a student sponsored by a a government linked investment corporation. I found that the whole affair was racial and political in nature.


The entire purpose of the camp seemed to me to be to incite the Malay attendees against their fellow Malaysians of other races and faiths, attack opposition parties and glorify the ruling party at the time.

There have been too many reports of such rhetoric being used in BTN events to dismiss them as isolated incidents.

Indeed, to make matters worse, in 2015 it was revealed that the BTN had prepared slides which claimed, among other things, that indie music is a threat to the nation.

I have little confidence that the tone or content of BTN’s programs have improved since then.

The entire purpose and ethos of the BTN appears to be highly partisan and toxic to genuine national unity. BTN still operates in a Cold War framework whereas the world has moved on.

It is simply time for the BTN to go.

There are far better and more effective ways to nurture patriotism, including among the young.

Pakatan Harapan’s victory in the recent General Elections has done more to make young Malaysians hopeful and optimistic about the future, as well as eager to serve the country than anything the BTN has ever done.

Permanent civil servants working for the agency, who wish to continue to serve the democratic, multiracial and diverse people of the New Malaysia, can be reassigned to other government bodies as per the usual regulations of the public services.

Those who are not, are free to pursue whatever opportunities their talents and energy affords them—with whatever rights or consideration owed to them by the Government fully intact.

As such, I hope that the Federal Government will take immediate steps to shut down this organisation.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PAKATAN HARAPAN YOUTH LEADER

PARTI KEADILAN RAKYAT YOUTH LEADER
SETIAWANGSA MEMBER OF PARLIAMENT

4 comments:

  1. Zaman wujudnya Anwar dalam UMNO lah yang buatkan BTN jadi macam tu.

    ReplyDelete
  2. Statement jenis ni laa yang buat saya rasa bimbang untuk membiarkan mana-mana pimpinan PKR menjadi Perdana Menteri. Mereka terlalu drastik, liberal dan westernized.

    Ungkapan yang keluar dari mulut Nurul Izzah, Rafizi dan sekarang si Nazmi ni, membuat saya fikir, agaknya mereka tak reti pendekatan 'tactful'.

    Kita orang Melayu ni, sejak berzaman telah dididik untuk menyelesaikan masalah bagai menarik rambut dari tepung, rambut tak putus.. tepung tak berserak.

    Apa yang Nazmi katakan ttg modul BTN tu mmg ada benarnya. Saya sendiri pernah melalui kursus BTN sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tapi Nazmi seharusnya fikir banyak2 dulu sebelum mengeluarkan kenyataan begini.

    Fikir dulu kenapa BTN diprogram begitu.
    Perlukah ditutup terus atau dibuat penambahbaikan?
    Fikirkan alternatif yang boleh dibuat.

    Wahai barisan pimpinan PKR, jadilah statesmen and stateswomen first, politicians second.

    ReplyDelete
  3. Ingat tak dulu2 siapa yang gunakan BTN untuk menonjolkan diri sebagai penyelamat bangsa Melayu, dengan dibantu oleh anggota2 ABIM? Mungkin ada di sini ytang belum lahir pada tahun 80an dan 90an.

    Tanya bapa awaklah.

    ReplyDelete
  4. Fakta sebenar,yang kini sudah menjadi sejarah,...bila mereka daripada pembangkang dan juga bukan Melayu yang berkursus di BTN menjadi agak terkejut kerana sepanjang mengikuti kursus didapati hal-hal parti politik pemerintah dan hal kaum langsung tidak disentuh,sebaliknya adalah negara,negara,dan negara.Sehinggalah munculnya seorang 'anugerah Tuhan' yang sangat berkuasa dalam kerajaan.Segalanya berubah.Kini orang itu sudah lepas bebas.Langsung tidak nampak ada keinsafan.Pasca PRU 14,....tenang cuma di lapisan atas,gelora di dasar sedang dibentuk.

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com