SILA KLIK

pages

Sunday, May 13, 2018

"nama saya disalahgunakan dalam message Tular" - Hannah Yeoh

Mesej yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp yang menyebut nama Hannah Yeoh sebagai mengeluarkan kenyataan tersebut
KUALA LUMPUR: "Walaupun ia mesej yang positif, namun ia tetap salah kerana mereka menggunakan nama saya."

Demikian penjelasan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berhubung satu mesej tular di WhatsApp yang menyebut namanya sebagai mengeluarkan kenyataan tersebut.

Kenyataan yang tular itu banyak menerapkan nilai-nilai murni yang sepatutnya diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia.



Hannah Yeoh berharap agar namanya tidak lagi dikaitkan dalam mesej-mesej palsu yang ditularkan kerana ia mampu memberi impak kepada keamanan dan kestabilan politik negara. - Facebook/Hannah Yeoh
Ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad, Hannah berharap agar masyarakat lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan media sosial sebagai medium menyebarkan mesej-mesej palsu kerana ia mampu memberi impak yang besar kepada situasi politik negara.

Tambahnya juga, adalah penting untuk mereka mendapat pengesahan mengenai sesuatu perkara sebelum menularkan mesej yang tidak pasti kesahihannya itu.

"Ini bukan kali pertama tetapi kali ketiga nama saya disalahgunakan dalam mesej-mesej sebegini, kadang kala mereka bertindak melakukan plagiat terhadap kenyataan saya di Facebook dan menambah isi sendiri dan ditular," jelasnya lagi.

Di akhir perbualannya, Hannah sekali lagi berharap agar namanya tidak lagi disalah guna dalam mesej-mesej yang tidak benar ini.

No comments:

Post a Comment

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com