SILA KLIK

pages

Saturday, May 26, 2018

MP Kepong Lapor Polis Arul Kanda BERBOHONG Kewangan 1MDB

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy kerana didakwa berbohong berhubung status kewangan syarikat itu.

Dalam laporannya, Lip Eng mendakwa Arul Kanda mungkin telah melanggar Seksyen 202 dan 203 Kanun Keseksaan juga Seksyen 592 Akta Syarikat apabila dikatakan telah memberikan maklumat palsu bahawa syarikat itu tidak bankrap dan mampu membayar hutang melalui pelan rasionalisasi.

BACA: Guan Eng dedah perincian hutang RM1 trilion

Namun, kenyataan yang diperoleh daripada dua pengarah 1MDB ketika siasatan Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa syarikat itu kini bankrap dan tidak lagi mampu membayar hutangnya.

BACA: Pengarah sahkan 1MDB tidak mampu bayar hutangnya - Lim Guan Eng

BACA: Bayaran BNM dan Khazanah kepada MoF diguna untuk bayar hutang 1MDB

Terdahulu, Arul Kanda mendakwa tidak tahu tentang urusan 1MDB kerana sedang bercuti (garden leave) dan menafikan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

BACA: 'Salah laku 1MDB didakwa berlaku sebelum saya sertai syarikat' - Arul Kanda

BACA: 'I answered everything truthfully, I just didn't have documents' - Arul Kanda

Arul Kanda juga berkata telah melantik peguam, di atas kapasiti individu, untuk menilai apakah tindakan undang-undang terhadap dakwaan itu.

Dalam reaksi balas, Guan Eng mengalu-alukan tindakan undang-undang oleh Arul Kanda terhadapnya.

5 comments:

  1. Tindakan undang2 tkpayah laa..nnti settle luar mahkamah

    ReplyDelete

  2. Yang kata petrol turun ke RM 1.50 se litre itu bukan bohong ke?

    #PenipuHarihari



    ReplyDelete

  3. Ini pasal gurrenti yg di katogarikan hutang oleh Ngok2 PH.

    Kalau lah anak berhutang rumah sebanyak RM 100 K ... So anak berhutang 100K ok?... mudah kan?

    Yang menjadi gerentor (penjaminnya) adalah bapanya.

    Sekarang berapakah hutang yang ditanggung oleh keluarga tersebut.

    Ngok2 PH tolong jawab...100 K atau 200 K ..... Jangan jadi bodo sangat.

    ReplyDelete
  4. Brim(dedak) ganti kepada
    Bgrm (gandum) bantuan gandum rakyat m'sia

    ReplyDelete
  5. Kau sekolah ke tak macai? Apa itu gurrenti dan apa itu gerentor. Masuk sekolah balik, belajar mengeja biar betul dulu sebelum nak sembang.

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com